07 March 2019

My First Born : Pengalaman Bersalin

Assalamualaikum semua.. Hai semua yang sudi singgah blog usang ni 😂

Dah lama tak menulis panjang. Saje lah nak bercerita dan berkongsi pengalaman mengandung dan bersalin kali pertama semasa housemanship ni.

Ahamdulillah aku dah habis berpantang. Yeay!

Nak mula cerita dari mana ya? Panjang pula intro aku ni.

Disclaimer :

Aku dah pernah masuk posting O&G selepas tamat posting pediatrikWalaupun aku kenal semua staff nurse dan MO (medical officer) department ni, bayangkanlah perasaan bila kau dah biasa buat VE (vaginal examination),  ARM (artificial rupture of membrane), bagi dan adjust DROPMET untuk augmentation, dan akhirnya conduct delivery...dan sekarang kau pula yang kena duduk atas katil pesakit dalam keadaan bertarung nyawa melahirkan seorang bayi.

Aku sebagai doktor pun ada perasaan takut juga. Macam-macam yang bermain dalam fikiran. Lagi-lagi bila dah masuk third trimester memang aku terfikir-fikir benda ni semua. Haha. 


Tanggal 19.1.19. Segalanya bermula..

Aku dah mula rasa sakit contraction pain bermula dari subuh lebih kurang jam 5 pagi. Pagi tu husband tengah bersiap-siap nak pergi kerja macam biasa. Aku mengadu rasa sakit di bahagian suprapubic area. Aku pun buat timed contraction. Masa tu baru 1 in 10 minutes.
Pagi tu husband dah tanya dah nak pergi hospital tak. Tapi disebabkan primigravida biasanya ambil masa kan untuk bersalin, so aku decide untuk stay dekat rumah dulu. Kalau apa-apa nanti aku call suruh balik.

Oh btw aku dah start cuti masa ni. Ambil cuti awal seminggu dari tarikh EDD ^.^

Sepanjang pagi tu ok je. Boleh tahan sakit lagi. Aku guna apps untuk timed contraction. Bila dah start 2 - 3 in 10 minutes tu aku dah cuak. So aku call mak aku kat Semenanjung nak tanya pengalaman masa bersalin anak pertama dulu. Haha. Sempat lagi kan.

Mak aku dah rasa tak sedap hati dan suruh aku call husband cepat-cepat bawak pergi hospital. Katanya dah tak lama tu. Masa tu dah jam 11 pagi. By time husband sampai rumah dalam jam 11.30 pagi dan aku tengah tahan sakit sambil nak bersiap-siap pergi hospital.

Dalam perjalanan ke hospital tu aku dah mula rasa sakit-sakit pinggang dan belakang. Sakit yang amattt. Dalam jam 12.10 pm tu tiba-tiba air ketuban pecah. SROM! dalam kereta. Belum sampai hospital lagi.

Sampai hospital terus ke PAC, staff nurse yang dah kenal aku tu tengok aku lain macam punya sakit  ni haha diorang buat lawak pun aku tak boleh senyum/gelak dah masa tu. Tak tahan dah.

Prosedur bila masuk PAC ni aku dah hadam dah.

Salin baju hospital - collect urine - baring di katil untuk pasang CTG - VE untuk check bukaan jalan kalau mother claimed ada contraction pain and buat per speculum if leaking liquor - blood taking

^ CTG ni kena cukup 20 minit baru kita boleh interpret betul-betul

Disebabkan sakit yang teramat, aku terpaksa mengiring kiri kanan dan bacaan CTG tak cantik. Bila VE untuk check bukaan jalan...
"Dah 8cm ni. Membrane absent. Labour room!"
Kesian HO yang nak buat admission clerking tu tak sempat siap. Haha lawak giler history taken from husband. Sebab aku dah kena tolak terus naik labour room. 

Dalam bilik bersalin tu penuh pasukan sorak daripada kalangan staff nurse, JM dan MO. Macam tengok bola aku rasa. Haha.

Tepat jam 12.52 pm, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.2 kg. Haha walhal last scan at 40 weeks doktor kata 3.1 kg.

Alhamdulillah.

Allah permudahkan. 
Pengalaman yang takkan boleh aku lupakan.

 Our little bundle of joy


Nota kaki

1. Sebenarnya husband aku cakap sebenarnya dah 9cm masa sampai tu. lol.

2. Mak pesan, jadi doktor ni..bila kita buat baik dan tolong orang sakit, inshaaAllah suatu hari pasti Allah balas kebaikan kita dan tolong kita dalam keadaan yang memerlukan.