Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

25 February 2012

Jejak Rasul : Kembara Sinai

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah 'ala kulli hal :)
Segala memori indah sepanjang jaulah ke Semenanjung Sinai dan ekspedisi menawan puncak Sinai telah dimuatkan dalam video yang tidak seberapa ini.

[First time buat video kot...err...tak reti. Testing123. Silakan kalau rajin nak komen/kritik.]
InshaAllah. Moga beri manfaat pada semua.
Kredit : Fazira Ekma atas kata-kata yang penuh hikmah T.T


Merentasi Terusan Suez ke Semenanjung Sinai melalui terowong bawah laut.
Macam terowong SMART !
Tengah tunggu loading video? Meh baca kat bawah ni dulu :)

Antara destinasi menarik tinggalan jejak Rasul:
1. Uyun Musa (Telaga Musa)

Uyun Musa
Dikisahkan dalam al-Quran, Surah al-A'raf (7) ayat 160, selepas peristiwa Nabi Musa AS dan kaum bani Israel dikejar Firaun. Mereka merentasi Laut Merah yang terbelah menggunakan tongkat Nabi Musa AS biiznillah. Dengan izin Allah, mereka terselamat manakala Firaun ditenggelamkan. Oleh kerana kepenatan dan rasa dahaga, mereka memohon pada Nabi Musa untuk berdoa kepada Allah. Maka Allah mengarahkan Nabi Musa memukul ke bumi lalu terpancarlah 12 mata air mengikut 12 suku kaum bani isra.el.

^ Ustaz Amar sedang bercerita mengenai kisah Nabi Musa AS dan telaga tersebut.
Menurut Ustaz Amar, pada zaman kekalahan perang 3 serangkai Mesir, Jordan dan Syria menentang Isra.el, Semenanjung Sinai adalah satu benda yang menjadi taruhan. Jordan kehilangan Sungai Jordan, manakala Syria kehilangan Bukit Golan.

Pada masa itulah, Yahudi laknatullah ini cuba menghapuskan kesan-kesan sejarah yang ada di Semenanjung Sinai seperti Uyun (Telaga) Musa cuba dikambus, batu terpancar 12 mata air cuba diangkat dan banyak lagi yang cuba dihapuskan.

Cuba kita fikir, punya la Yahudi tak mahu orang tahu sejarah nenek moyang dia yang banyak kesan sejarahnya di Mesir..sampai sanggup hapuskan. Mereka tak mahu tunjuk pada satu dunia yang mereka ini satu bangsa yang pernah ada sejarahnya di Mesir. Mereka nak tunjuk pada dunia yang tanah Palestin itu mereka yang punya!

Walhal, tanah itu tak pernah jadi hak milik mereka seperti yang dicanang-canangkan. Kerana apa?
Cuba buka tafsir al-Quran. Lihat Surah al-Maidah,5 : ayat 21-26.

21. Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari kebelakang (karena kamu takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.
22. Mereka berkata: “Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, pasti kami akan memasukinya”.
23. Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi ni’mat atas keduanya : “Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.
24. Mereka berkata: “Hai Musa,
kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Rabbmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja”.
25. Berkata Musa: “Ya Rabbku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu”.
26. Allah berfirman: “(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Teeh) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu”.


^ See. Oleh sebab mereka sendiri yang ingkar perintah Rasul tak mahu masuk ke Palestin, maka Allah sesatkan mereka dalam lingkungan Banjaran Teeh selama 40 tahun.

Sahabat-sahabat,
Allah sesatkan mereka bersama Nabi Musa. Tapi bukan terkontang-kanting dengan perut lapar dan rasa dahaga. Subhanallah. Allah masih beri nikmat pada mereka. Allah turunkan al-mann wa as-salwa (sejenis madu dan burung).

Itu tanda kasihnya Allah pada makhluknya. Walaupun kita banyak buat maksiat. Kita buat apa yang Allah larang, kita tinggalkan apa yang Allah perintah. Kita kena ingat, pintu rahmat kasih sayang Allah itu masih terbuka. Maka, bertaubatlah. Biarlah banyak kali bertaubat pun setiap kali kita ulang kesalahan yang sama. Sesungguhnya Allah suka pada orang yang menyucikan dirinya...

Papan tanda berhampiran kubu tinggalan tentera Is.ra.el
^ Suka tulis ayat ni belakang kertas exam. Harapnya pemeriksa lembut hati :)

2. Makam Nabi Saleh dan Nabi Harun
Makam Nabi Saleh dan para sahabat baginda

3. Lembu Samiri

Kuiz :) Siapa hebat, cuba teka. Ada beza tak lembu Samiri dengan lembu yang diceritakan dalam surah al-Baqarah ?

4. Laut Merah (Teluk Suez dan Teluk Aqaba)

5. Jabal Musa (Bukit Tur Sina)
Matahari terbit : view dari puncak Sinai. Subhanallah!

19 December 2011

OHANA

"Ohana means family. Family means nobody gets left behind or forgotten"
- Lilo & Stitch -
Ohana. Family. Usrah.
Tiga kata paling menyentuh. 
Paling bermakna.
Sebab orang yang kehilangan ahli keluarga,
mak ayah dah meninggal dunia,
hidup sebatang kara,
mereka ni lebih faham makna sebenar 'ohana'.


Dan aku salah seorang yang pernah merasa kehilangan itu.


Memang susah nak pujuk hati. Itu aku akui.
Bukan mudah. Nak terima qada' dan qadar Allah. 
Tapi arwah pernah pesan pada kami,
Kalau dia dah tak ada suatu hari nanti,
Selalu doakan dia dan sedekah al-Fatihah,
Jadi anak solehah.



إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث :
 صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya” 
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].
Allahu Allah.
Mudah sangat lacrimal sac nak merembeskan cecairnya.
T.T
Kita mengaku kita beriman. 
Sebab tu Allah nak uji kita dengan something. 
Allah tarik nyawa orang yang kita paling sayang.


Hati kena banyak bersabar, 
Yakin qada' qadar,
Bersangka baik pada Allah.


Allah bebankan kita dengan ujian, 
sebab Dia tahu kita mampu tanggung musibah.
[Rujuk Surah al-Baqarah, 2 : 286]


Al-kisah, 
Rumah teres 2 tingkat itu arwah ayah baru siap renovate.
Dan kalau tak silap. 
Bumbung rumah tu macam bentuk bumbung rumah minangkabau.
Pada bumbung itu. 
Aku ingat lagi. 
Arwah yang lakarkan tulisan khat tu sendiri.
Dulu masa kecik kecik, arwah yang ajar kami menulis khat cantik cantik.
Dan lakaran ayat al-Quran itu sangat indah.
Sebab yang buat lakaran tu arwah ayah.
Subhanallah!


Firman Allah SWT:

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah ahli keluargamu daripada azab api neraka..."
[Surah at-Tahrim, 66 : 6]


Cuba lihat pada tafsir. Sambungan ayat AQ itu Allah sebut, bahan bakar api neraka itu adalah manusia dan batu.
Na'udzubillah min dzaalik.

Adik adik kakak kakak sekalian.
Terutamanya yang hidup berpersatuan.
Yang bergerak dalam gerak kerja dakwah.
Yang sibuk berkejar sini sana menghidupkan usrah.

Kita sedar atau tidak.
Dalam hidup kita sehari hari sebagai housemates, classmates etc
Kalau kita nampak sahabat kita hanyut,
kita usaha sedaya upaya tarik balik.
Eventhough nak tegur rasa cuak.
Kita cuba ajak dia buat benda baik.
Kita tak jemu. 
Kita cuba sehabis baik.

Tapi, tapi dan tapi
macam mana dengan famili kita?
Atuk, nenek, mak, ayah kita..
Adik adik kita..abang kakak kita..

Pernah kita tegur bila..
tokwan kita tak solat,
mak ayah kita lewat-lewatkan solat,
abang kita tak pergi solat jumaat,
kakak kita tak tutup aurat,
adik perempuan kita pakai baju sendat,
adik lelaki kita berkepit sini sana dengan awek, tak ingat akhirat.

Wah..ini macam bermadah pujangga.
Ah. Biarlah. 

Tapi, ni realiti kan?
Konsep sama. Macam entry lepas >> Till death do us apart
Takkan nak masuk syurga sorang sorang kan?
Sanggup kita tengok famili kita Allah azab dalam neraka?
Tak takut kalau kita juga ditarik ke dalam neraka?
Bukankah kita berharap ingin berpimpinan tangan 
bersama orang yang kita sayang masuk ke dalam syurga?

Dan bagi seorang lelaki itu, 
sangat banyak tanggungjawab. 
Lagi lagi bab tanggungjawab terhadap perempuan dalam famili dia.

Dia kena jaga ibu dan saudara perempuan dia [yang belum menikah].
Kalau lelaki itu dah menikah, tambah lagi sorang. Isteri dia.
Kalau menikah lagi tiga, bertambah-tambahlah amanah. 
Kalau ada anak perempuan. Lagi la.
Hohoi. Ingat senang ke nak jadi lelaki? 


Berat berat.

Kenapa?
Sebabnya, kalau dia tak tegur semua yang di atas tu.. 
bila mereka tak tutup aurat. Pakai baju sendat
macam sarung nangka.
Berdosakah? Wallahu a'lam. Bukan aku yang menghukum. 
Tapi itu amanah dia!

Dan bagi perempuan itu, mudah nak masuk syurga.
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 
Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nampak mudah.
Tapi kenapa Nabi sebut wanita ni fitnah dunia.
Kenapa wanita sangat ramai dalam neraka.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

13 December 2011

KARAT

Malam ni aku tidur lewat!
Stay up kononnya.
Ni semua gara gara dah dapat jadual exam -_____-
Cuak. Nervous. Stress.
Menyebabkan mata aku agak celik malam ni. Angkara Adrenaline kah? 
Tak pernah dibuat zaman sekolah. Seriously.
Kalau dulu dulu,
asal nak pergi bilik bacaan, nak join sahabat sahabat berjaga malam, 
bersengkang mata, buat homework, buat lab report, dll.
Memang tak berkesan pun T.T
Aku bukan geng stay up lah senang cerita.
Mungkin sebab tak suka minum kopi.
[kopi banyak kandungan caffein untuk penyegar mata kuyu]
Natijahnya, 
aku memang kena study masa prep malam,
tak pun, hujung minggu duduk sorang sorang bertapa dalam kelas.


Al-kisah, 
sebenarnya nak cerita pasal MP3 kesayangan aku ni.
Dah hilang masa aku pergi Matrouh semester lepas T.T
Masa aku layan ombak rindu tepi Laut Mediterranean.
Aku syak kena curi. Tapi takpe lah.
Pasrah.
Mp3 tu warna merah. Ada lampu lip lap.
Sayang sangat sangat sebab mak yang belikan. 
Sampai bawa tidur sekali. 
Sumbat telinga.
Bila terjaga, selalu juga terbelit dengan wayar earphone -.-''

Biarlah.
Itu semua kisah lama.
Zaman sekarang orang tak main dah MP3 ni.
Zaman siber ni, budak budak suka gadget canggih, moden, high class.


Ah. Tak kisah la.
Sebabnya, mp3 ini lah peneman aku masa dekat pi.el.kay.en. dulu.
Sebab henset, jurulatih suka sorok. 
Hujung minggu baru dapat.
Disebabkan semua orang kebosanan, 
ada beberapa orang cuba minta nak pinjam mp3 aku ni.
Ok. No problem. 
Aku bukan tak mahu bagi, tapi...


"Nak dengar? Dalam ni semua lagu nasyid je tau. Nah, ambillah."


Haha..tiba-tiba aku rasa kelakar.
Bila aku sebut lagu nasyid je ada dalam tu,
terus tak jadi pinjam!
Alahai.


Aku tak kisah. Sebab aku boleh sambung layan nasyid :D




*************************************************

Tapi, 
Dulu aku ada terbaca kata-kata seorang hamba Allah. 
Tak ingat siapa.
Pasal sumbat sumbat telinga la.
Bukan sebab banyak tahi telinga. Tapi ni kes menyumbat telinga.
Ada paham?
Jadinya, ada satu persoalan yang buat aku terfikir.


Pernah kita sedar,
Kita ni jenis suka sumbat telinga, 
setiap masa nak pakai earphone/ headphone/ speaker besar pun kira sama lah.


Kita suka dengar lagu-lagu lagho,
lagu yang tak ada mesej sampai pada Allah,
lagu yang tak buat hati kita tenang dengar asma' Allah,
lagu yang tak mampu buat hati kita bergetar takut pada amaran Allah,


tapi kita suka..
dengar lagu jiwang,
dengar lagu cintan cintun,
dengar lagu yang buat kita lalai seketika, tak ingat dunia.


Sebenarnya, 
kita tak ingat dunia ke tak ingat Allah?


Andai kata, telinga kita memang betul betul 'tersumbat'..
bila pagi subuh tak dengar azan,
bila orang ajak buat baik, tak mahu,
bila orang bagi tazkirah, hati kita keras, hati tak sensitif.
Memanglah tu dalam hati, orang tak tahu.
Tapi Allah tahu, kan?
Kan?


By the way, yang terbaik adalah kita selalu dengar bacaan ayat al-Quran.
Even kita tak faham makna.
Hati kita akan rasa aman, damai, berkat, harmoni, sejahtera, sentosa. 
Ah.
Senang cerita kita rasa tenteram. Biiznillah.
Sebabnya, hati yang asyik dibuai kelalaian semakin lama akan berkarat seperti karatnya besi apabila terkena air. Maka, buanglah 'karat' itu dengan bacaan al-Quran dan mengingati mati (",)
Wallahu a'lam.

08 December 2011

TILL DEATH DO US APART?

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa.  
(Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Allahu akbar. 


Kalam Allah tu. Pernah kita terfikir, terdetik dalam hati..kita dan sahabat karib kita saling bermusuhan di akhirat kelak. 
Itu tak kena, ini tak kena.
Masing masing berhujah. Saling bertelagah.


Walhal, masa hidup kat dunia, bukan main 'kamceng'.
Macam belangkas. Ke hulu ke hilir.
Pergi kuliah sama sama.
Study sama sama. 
Tengok muvi sama sama.
Nyanyi lagu rap nasyid sama sama.
Makan sepinggan, minum secawan.
Tidur sekatil.
Tak boleh nak berpisah langsung.
Musykilah awi.

Tapi kenapa? 
Kenapa bila sampai perhitungan kelak, kita bermusuhan?
Masa tu, semua saling mempertikai. 
Saling menyalahkan.


Boleh jadi salah satu sebab kita tak pernah tegur sahabat kita.
Tak pernah tegur ahli beit a.k.a housemates kita. 


Kita tak tegur, bila dia tak solat.
Kita tak tegur, bila dia lewat-lewatkan solat.
Kita tak tegur, bila dia tinggalkan solat jumaat.
Kita tak tegur, bila dia tak tutup aurat. Pakai sendat sendat.
Kita tak tegur, bila dia mengumpat.
Kita tak tegur, bila dia ber'couple'. 
Kita tak tegur, bila dia ber'dating' + ber'skype' dengan ajnabi.


Pernah ke kita tegur?
Tak sengaja atau tak berani?


Even cuak nak tegur, pernah kita ajak dia buat kebaikan? 


Jom pergi tafaquh/ majlis ilmu.
Jom puasa sunat Isnin dan Khamis.
Jom solat sunat. Misalnya.


Tapi,
Kita selalu buat hal kita. Dia buat hal dia.
Aku aku. Kau kau.
Guna pakai konsep "Ada aku kisah" -_________-


Astaghfirullah al-'adzim. 
Itu sangat tidak patut ye kawan kawan.
Cuma, cara kita nak tegur kawan kita, biar kena caranya.
Kadang-kadang, action speaks louder than words.
Mungkin selama kita bersahabat, kawan kita cuba untuk berubah.
Dia teringin nak ikut. Dia teringin nak jadi baik. Kita tolong dia.
Even rasa diri sendiri tak baik mana pun. 
Takkan nak masuk syurga sorang sorang kan?


Dan yang paling penting,
bila kita tegur orang. Kita nampak salah orang.
Jangan sampai kita tak nampak salah sendiri.
Banyakkan doa Allah tak tarik balik hidayah kita. Mantapkan iman kita.
Mana tahu suatu hari, kawan kita yang kita rasa paling bermasalah,
dia tu lah yang paling soleh dalam kalangan kita.
Masya Allah.


Jangan jemu jadi baik. Jangan jemu buat baik.
Kredit gambar - tumblr

Nota kaki 1 - Dear sahabat, ahli beit, etc. Tegur je bila aku khilaf..InshaAllah kheir. 
Kalau tak berani depan depan. Boleh bagi mesej via etisalat
Jangan jadi anonymous kalau boleh. heh.
Nota kaki 2 - Biar kita bersahabat sampai syurga. Moga tak bermusuhan di akhirat sana.
Nota kaki 3 - Syukran Aiza sebab share ayat AQ ni. Uhibbuki fillah :)

27 November 2011

MUSYKILAH AWI AWI

Assalamu'alaikum.

Ini entry terakhir kot

Mungkin inilah entry terakhir sebelum mula kuliah esok.inshaAllah. Entry ini ditulis dalam bahasa buku. Harap maklum. Kalau rajin baca. Kalau tak mahu, sila tekan tanda 'X' di mana-mana sudut yang ada. Syukran. Aha...takde la. Jangan percaya itu semua. Penulis sedang tensi. Abaikan.

Kenapa entry terakhir? Sebab nak fokus belajar dan ada sedikit masalah dalaman -.-" hewhewhew
Doakan penulis menjadi seorang yang istiqamah, anak yang solehah, dan muslimah segagah Khaulah al-Azwar, dan dukturah yang mumtazah. InshaAllah.

"Tolibat Malizia musykilat awi awi"

Kedengaran suara itu berulang lagi. Ah, pasti Ustazah Syaima' sudah bosan. Pelajar Malaysia sangat sangat bermasalah, katanya. Rata-rata pelajar Melayu di Iskandariah yang menghadiri kelas intensif Bahasa Arab di Misturk, Syari' Saad Zaghloul, selalu sangat datang lewat. Janji melayu = janji pak arab ?

Bukan itu sahaja. Setiap kali cuti penggal musim panas, pasti ramai dalam kalangan kami yang mahu pulang ke Malaysia berhari raya di kampung halaman. Bersama ahli keluarga tersayang 

Dan pastinya, buku Bahasa Arab itu 'ter' tinggal di Mesir. Oh, tidak! Memang sengaja ditinggalkan. Akibatnya, ilmu tu dah 'berkarat' dalam kepala apabila kami pulang semula ke Mesir.
Musykilah awi awi -________-

Al kisah, sudah hampir setahun kami belajar di situ. Sambil sambil membahagi masa mempelajari ilmu perubatan yang amat amat memeningkan urat saraf.
[Esok mula belajar tajuk CNS = Central Nervous System. Praktis.]

Rasa agak nervous. Kata senior, tajuk ni agak mencabar.
Allahu Allah.
Mampukah aku?

Sebabnya, kalau sehari tak ulang apa yang dipelajari di dalam dewan kuliah, sudah tentu esok terpinga-pinga apabila profesor mengulang topik sebelum itu. Jadi, anda dinasihatkan untuk mengulangkaji tajuk hari ini, dan baca sepintas lalu apa yang bakal dipelajari pada hari esok. Fahimtum?

"Ya Musykilat..."

Alhamdulillah. Tadi dapat keputusan imtihan nisf mustawa rabi' (ujian pertengahan level 4). Dapat fullmark! Macam tak percaya. Sebab baca buku last minute. Rezeki Allah nak bagi. Syukrulillah. Semua ni ilmu Allah. Dok buleh riya', takabur! Astaghfirullah. 


"Katakanlah (wahai Muhammad) kalaulah LAUT itu dijadikan tinta untuk menulis kalam-kalam Tuhanku, nescaya akan habislah lautan itu, sebelum habis (penulisan) kalam Tuhanku, walaupun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula " (Al-Kahfi : 109)




Allahu akbar, dakwat pen yg sedikit ni pun tak habis habis lagi selepas belajar Modul 8, apatah lagi air lautan yang luas itu. Terlalu sedikit ilmuku ini. Maha luas ilmu Allah Taala. Allahu Akbar. Subhanallah.

العلم نور ونور الله لا يهدى للعاصى
"Ilmu itu ibarat cahaya, dan cahaya Allah tidak diberi kepada orang yang melakukan maksiat."
Tak pasti ^ atas ni hadis Nabi atau sekadar kata-kata hukama'. Sesiapa yang tahu, bolehlah berkongsi ilmu.
Muhasabah. Sekadar itu sahaja perkongsian kali ini. Wallahu a'lam.

Nota kaki 1 - Sila datang awal ke kelas. Be a productive muslim.
Nota kaki 2 - Hormatilah cikgu/ guru/ ustaz/ ustazah/ sheikh/ ulama' dsb. Kadang-kadang kita tak tahu perbuatan kita boleh melukakan hati seseorang. 
Nota kaki 3 - Amalkan surah al-Kahfi setiap hari Jumaat. InshaAllah banyak fadhilatnya.
Nota kaki 4 - All the best. Next module - CNS. Study hard, study smart! 


اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين في الدنيا والاخرة

16 November 2011

Winter = Syita'

Winter. Sejak beberapa hari lepas, cuaca Alex sangat sejuk ditambah dengan hujan yang tidak berhenti-henti menandakan sudah masuknya musim sejuk [macam berita ke?]. Seriously. Sejuk sangat. Macam aircond. Rasanya lagi sejuk. Tak tahu la macam mana orang yang tinggal 'ala bahr [tepi laut]. MasyaAllah..tabarakallah...SEJUK!
"While you're sleeping under the roof of a 5-star hotel, 
somebody else is sleeping under the roof of the sky
with infinite stars. So who's richer now?" 
-copypastefromfbaimanazlan
*Alhamdulillah..bersyukur sangat-sangat kita ada rumah tempat berteduh musim sejuk macam ni. Siap ada heater. Boleh online. Boleh masak, makan, tidur lagi la sedap. Kenapa? Sebab saratoga! Tapi, kesian kat pak arab yang takde rumah. Tidur di kaki lima, bawah pokok, tepi longkang beralaskan kotak-kotak sampah. Macam mana la diorg survive..Rabbuna ma'ahum.

Bila winter, memang terjadilah dialog-dialog seperti di bawah :
  • Kalau masak nasi, lauk...sekejap je dah sejuk - panaskan balik lauk pauk tu..
  • Kulit a.k.a epidermis jadi sangat kering macam dehydrated - pakailah body lotion + banyakkan minum air kosong
  • Nak mandi ke? Takut mandi macam kambing - sila pasang sakhonah [heater] anda! tak perlu mandi kerap sangat kot..
  • Hyperphagia a.k.a amygdala aku dah tak betul -.-" -itu normal kot...huhu..makan banyak. padan lah ramai senior kata berat badan naik mendadak masa winter. tak tipu.
Apa lagi ye? Haa....exam module 8 nak dekat dah!!!!!
  • Susah nak study!!!! Mata berat...buku yang terbuka boleh jadi tertutup - ni takde jalan penyelesaian melainkan tidur...kalau tahan ngantuk pun, macam tak berguna je...hafal pun tak masuk...sedih :( sesape ada jalan penyelesaian??? help me..




ditulis berdasarkan kisah benar. Doakan penulis dan sahabat-sahabat seangkatan gigih berjuang bertempur di medan ujian 19 dan 24 haribulan 11 ni...inshaAllah binnajah :) 

03 April 2011

ASHABUL KAHFI & WET GANGRENE

Assalamu'alaikum wbt
Post kali ni mengenai WET GANGRENE.

Teringat kisah yang diceritakan oleh pensyarah di kuliah tempoh hari. Sekadar ingin berkongsi kisah dan pandangan.


Apa itu wet gangrene?

- it's a common complication of prolonged stay in bed = bedridden 
- occurs mostly over the sacrum due to pressure and blockage of blood flow leading to stagnation and thrombosis of nutrient blood vessel


Subhanallah!

Percaya atau tidak?!!! 
Al-Quran kalamullah sudahpun menyebutnya dlm kisah ashabul kahfi.
(Surah al-Kahfi, ayat 18)
" Dan engkau mengira mereka itu tidak tidur, padahal mereka tidur; dan Kami bolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri,..."
Ashabul Kahfi ni sebenarnya nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. 


Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja. 


Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kejaran pasukan raja, sampailah mereka di sebuah gua yang kemudian dijadikan  tempat persembunyian.


Dengan izin Allah, mereka kemudiannya ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. Dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.


Tempoh masa mereka tertidur di dalam gua itu sangat lama. Dalam tempoh itu, seandainya tubuh mereka tidak bergerak, mahupun berkalih sedikitpun semasa tidur, ia akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan perjalanan darah tidak lancar. Hal ini disebabkan oleh tekanan daripada tulang.


Seandainya tubuh tidak bergerak ataupun tidak dibolak-balikkan, 'wet gangrene' tu memang boleh berlaku. Komplikasi disebabkan baring terlalu lama (prolonged stay in bed) lebih-lebih lagi orang lumpuh (paralysed).


Sebab tu, masa kita tidur, posisi tidur selalu berubah. Bila kita terjaga, kita berada dalam posisi lain pula. Tengok link video ni




Peristiwa ini membuktikan keagungan kekuasaan Allah dan kebenaran Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun dahulu.

SUBHANALLAH!


# Sciences prove the mighty power of Allah.