20 January 2012

Lagi lagi isu musyrif

^ Musyrif. Musyrif. Musyrif.
Come on la brader.
Bosan kot.
Asyik asyik isu musyrif.


Apa masalah sebenarnya ni?
Baru baru ni ada satu luahan hati musyrif kepada gadis-gadis akhawat Iskandariah. Eh, pagi tadi kalau tak silap. Dua isu je yang timbul.
1. Call musyrif lewat tengah malam. 
2. Call musyrif on the spot.
Oh tidak. Hagah basitoh. Benda nampak remeh, kan?
Cuma ayat itu sangat makan dalam.
Agak tak patut lah bila akhowat dituduh 'gedik' sebab nak guna musyrif.
Aku tak faham istilah gedik tu macam mana sebenarnya -______-
Hmm..musykilah awi.


Tapi, tak boleh salahkan musyrif tu pun sebenarnya.
Disebabkan beliau agak berani mengutarakan isi hati musyrif di wall group batch.
Maka, isu ni jadi agak hangat.
Menghangatkan lagi klimaks musim sejuk.
Disebabkan kecelaruan dan salah faham di situ.
Banyaklah bunyi bisik-bisik akhawat.


"Lain kali tak mahu pakai musyrif" [bunyi macam merajuk]
"Ingat kita nak sangat ke guna musyrif?!!"  [ ego? ]
"Ala..nanti musyrif kata kita gedik-gedik pulak"


Ada yang lebih ego [?]. Bajet ada ilmu silat, karate, kungfu, etc
"Tak mahu la menyusahkan orang. Pandai pandai la jaga diri sendiri"


^ Itulah antara luahan hati akhawat yang aku pernah dengar.
Aku? Err..aku pihak berkecuali.
Harap maklum.


Pasaipa jadi lagu ni? 
Mungkin salah satu faktornya adalah 'kerjaya' akhawat Iskandariah.
1. Aktif berpersatuan. 
2. Aktif bermesyuarat.
3. Aktif ber'sharing' @ berusrah @ ber'SC'.
4. Study-minded sebab nak dekat exam. Ada study group pagi petang siang malam.
5. Banyak lagi urusan yang mereka mereka ni tak sempat nak buat waktu siang hari.
Natijahnya, semua aktiviti tu dibuat malam hari.
Seriously memang tak sempat. Kuliah paling lewat habis pukul 4 petang.
Dan dan solat asar, balik rumah. Dah malam. Lagi lagi musim sejuk. Memang waktu siang jadi pendek kot.
Hmm..Alhamdulillah semua buat kerja baik baik. Bukan jenis yang couple dating malam malam pergi St. Stefano, Green Plaza, etc etc.


Jadi, agak tak patutlah musyrif nak hentam akhawat macam tu je. Apa ni bro? Better guna kata-kata berhikmah sikit. Hati akhawat ni sensitif kot. Even bukan diri sendiri yang kena hentam. Hmm..Kita pun faham musyrif tu manusia. Bukan robot. Tapi ada betulnya dia cakap. Ok fine. 
'Ala kulli hal, akhawat patut lebih peka dengan masa. Jangan panggil last minute. Memang la hangin satu badan musyrif tu. 
Whoa! Ingatan untuk diri sendiri jugak. Sebab tu jarang guna musyrif. Sebab tak suka keluar malam. Melainkan ada urusan yang memang tak boleh dielakkan. Kalau boleh memang nak settlekan siang siang pun inshaAllah.


Bagus jugak kalau ada yang offer nak jadi musyrif. Haha. Ok memain je. Guna musyrif rumah sebelah lagi senang. inshaAllah kheir. 
Dah nak exam pun nak gaduh gaduh. Ok lah. Kosong-kosong ehh musyrif Iskandariah.
Syukran atas keprihatinan dan penat lelah anda semua. Rabbuna yusahhil.
Wassalam.

06 January 2012

Mere Maa

Pernah tengok cerita ni?
Seriously. Sangat sangat best dan menyayat hati.
Dah lama tengok sebenarnya. 
Cuma tak sempat nak berkongsi rasa hati.
Ok fine. Cerita hindustan kot. 

"Lama sangat sampai 2-3 jam. Bazir masa!"
"Banyak sangat lagu nyanyi..gelek gerudi..bla bla bla.."

Aha. Tak kisah. Lontaran pendapat dan kritikan masing-masing.
'Ala kulli hal, cerita ni banyak moral value. 
Dan boleh jadi cerita ni betul betul ada dalam realiti dunia sebenar. 
Amir Khan buat cerita ni bukan saje saje. Dia nak betulkan mindset masyarakat India. Tapi kita cubalah aplikasi untuk masyarakat kita di Malaysia. inshaAllah.

Al-kisah.
Ishaan - seorang budak yang agak nakal. Dia dalam dunia sendiri.Belajar tak pandai. Selalu tak score.
Mak ayah dia pening. Risau. Kenapa lah dengan anak mereka yang seorang ni tak menjadi. Sebabnya Ishaan ada seorang abang. Sangat kontra lah perwatakan abang dia. Semua subjek dapat highest score. Biasalah lumrah mak ayah nak anak-anak berjaya dalam hidup. Hidup bujang senang, ada kerjaya.

Tapi, yang menjadi persoalan. Apa sebenarnya masalah Ishaan ni?
Mak ayah dia rasa tak dapat kawal perangai Ishaan. Natijahnya, Ishaan dihantar masuk sekolah asrama penuh [macam aku?]
Tapi dia ni lagi kasihan. Kecik lagi kot. Sedih sedih T.T
Sampaikan dia jadi seorang budak yang sangat pendiam. Macam zombi. Takde perasaan.
Semua orang cop dia ada 'PROBLEM'. Homework tak siap. Tulis karangan tunggang terbalik. Mengira 3 x 9 = 3 [?]
Kira macam takde skill 3M - mengira, mengeja, membaca.

Tapi, tapi dan tapi..
Dia punya bakat melukis sangat osem! Helwah awi.

Agak-agak apa masalah dalaman Ishaan? 
Kaji punya kaji.
Cikgu praktikal baru sekolah dia (lakonan Amir Khan) cuba kaji apa masalah budak ni.
Hmm..
Rupa-rupanya, Ishaan ni ada masalah yang dalam bahasa medicalnya - dyslexia
Apakah itu 'dyslexia' ?
"A disorder involving difficulty in learning to read or interpret words, letters, and other symbols."
-Concise Oxford English Dictionary (11th Edition) 
Faham kan?
Budak ni bukan budak bermasalah pun sebenarnya. 
Dia cuma tak reti skill 3M tu. Benda tu boleh develop. Cuma ambil masa. Kena banyak sabar. Kena banyak praktis.
Dengan kata lain - he's not a fastlearner.
Sangat sedihlah bila tengok mak ayah dia mengamuk tak tentu pasal. 
Cikgu pun mengutuk sakan. 
Sepatutnya, kita approach dia. Kita tolong dia. 
Kita tanya dulu apa masalah budak budak macam ni.



Applied psychology
Khas buat bakal ibu ayah, dan juga tak lupa buat bakal guru tadika/sekolah rendah dll.
Fikir betul betul sebelum bertindak.
Biar tersalah ampun, 
jangan tersalah hukum.



I've never told you,
How scared I am of the dark,
I've never told you, 
How much I care for you,
But you know, don't you Ma?
You know everything.. my Ma..

Don't leave me alone in crowds,
I'll lose my way back home.
Don't send me to places far away,
Where you won't even remember me.
Am I so bad, Ma?
Am I so bad, Ma?

When sometimes, Papa swings me,
Too high in the air,
My eyes search for you,
Hoping you'll come and hold me safe.

I don't tell him,
But I get petrified.
I don't let it show,
But my heart sinks.
You know everything, don't you Ma? 
You know everything.. my Ma...

Nota kaki - Tahukah anda Albert Eistein pon ada masalah macam ni masa kecik? Tak tahukan. Nak tahu pergi tengok cerita ni. Sangat menambah ilmu dan juga menambahkan jumlah air mata keluar dari lacrimal sac. Heh. Dan jangan lupa pergi study modul CNS tu. Rabbuna yusahhil :)

Wallahu a'lam.