Showing posts with label perubatan. Show all posts
Showing posts with label perubatan. Show all posts

25 February 2012

Jejak Rasul : Kembara Sinai

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah 'ala kulli hal :)
Segala memori indah sepanjang jaulah ke Semenanjung Sinai dan ekspedisi menawan puncak Sinai telah dimuatkan dalam video yang tidak seberapa ini.

[First time buat video kot...err...tak reti. Testing123. Silakan kalau rajin nak komen/kritik.]
InshaAllah. Moga beri manfaat pada semua.
Kredit : Fazira Ekma atas kata-kata yang penuh hikmah T.T


Merentasi Terusan Suez ke Semenanjung Sinai melalui terowong bawah laut.
Macam terowong SMART !
Tengah tunggu loading video? Meh baca kat bawah ni dulu :)

Antara destinasi menarik tinggalan jejak Rasul:
1. Uyun Musa (Telaga Musa)

Uyun Musa
Dikisahkan dalam al-Quran, Surah al-A'raf (7) ayat 160, selepas peristiwa Nabi Musa AS dan kaum bani Israel dikejar Firaun. Mereka merentasi Laut Merah yang terbelah menggunakan tongkat Nabi Musa AS biiznillah. Dengan izin Allah, mereka terselamat manakala Firaun ditenggelamkan. Oleh kerana kepenatan dan rasa dahaga, mereka memohon pada Nabi Musa untuk berdoa kepada Allah. Maka Allah mengarahkan Nabi Musa memukul ke bumi lalu terpancarlah 12 mata air mengikut 12 suku kaum bani isra.el.

^ Ustaz Amar sedang bercerita mengenai kisah Nabi Musa AS dan telaga tersebut.
Menurut Ustaz Amar, pada zaman kekalahan perang 3 serangkai Mesir, Jordan dan Syria menentang Isra.el, Semenanjung Sinai adalah satu benda yang menjadi taruhan. Jordan kehilangan Sungai Jordan, manakala Syria kehilangan Bukit Golan.

Pada masa itulah, Yahudi laknatullah ini cuba menghapuskan kesan-kesan sejarah yang ada di Semenanjung Sinai seperti Uyun (Telaga) Musa cuba dikambus, batu terpancar 12 mata air cuba diangkat dan banyak lagi yang cuba dihapuskan.

Cuba kita fikir, punya la Yahudi tak mahu orang tahu sejarah nenek moyang dia yang banyak kesan sejarahnya di Mesir..sampai sanggup hapuskan. Mereka tak mahu tunjuk pada satu dunia yang mereka ini satu bangsa yang pernah ada sejarahnya di Mesir. Mereka nak tunjuk pada dunia yang tanah Palestin itu mereka yang punya!

Walhal, tanah itu tak pernah jadi hak milik mereka seperti yang dicanang-canangkan. Kerana apa?
Cuba buka tafsir al-Quran. Lihat Surah al-Maidah,5 : ayat 21-26.

21. Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari kebelakang (karena kamu takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.
22. Mereka berkata: “Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, pasti kami akan memasukinya”.
23. Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi ni’mat atas keduanya : “Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.
24. Mereka berkata: “Hai Musa,
kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Rabbmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja”.
25. Berkata Musa: “Ya Rabbku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu”.
26. Allah berfirman: “(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Teeh) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu”.


^ See. Oleh sebab mereka sendiri yang ingkar perintah Rasul tak mahu masuk ke Palestin, maka Allah sesatkan mereka dalam lingkungan Banjaran Teeh selama 40 tahun.

Sahabat-sahabat,
Allah sesatkan mereka bersama Nabi Musa. Tapi bukan terkontang-kanting dengan perut lapar dan rasa dahaga. Subhanallah. Allah masih beri nikmat pada mereka. Allah turunkan al-mann wa as-salwa (sejenis madu dan burung).

Itu tanda kasihnya Allah pada makhluknya. Walaupun kita banyak buat maksiat. Kita buat apa yang Allah larang, kita tinggalkan apa yang Allah perintah. Kita kena ingat, pintu rahmat kasih sayang Allah itu masih terbuka. Maka, bertaubatlah. Biarlah banyak kali bertaubat pun setiap kali kita ulang kesalahan yang sama. Sesungguhnya Allah suka pada orang yang menyucikan dirinya...

Papan tanda berhampiran kubu tinggalan tentera Is.ra.el
^ Suka tulis ayat ni belakang kertas exam. Harapnya pemeriksa lembut hati :)

2. Makam Nabi Saleh dan Nabi Harun
Makam Nabi Saleh dan para sahabat baginda

3. Lembu Samiri

Kuiz :) Siapa hebat, cuba teka. Ada beza tak lembu Samiri dengan lembu yang diceritakan dalam surah al-Baqarah ?

4. Laut Merah (Teluk Suez dan Teluk Aqaba)

5. Jabal Musa (Bukit Tur Sina)
Matahari terbit : view dari puncak Sinai. Subhanallah!

10 December 2011

AKU DI 'LAMAR'

Inferiority complex.

Rasa inferior ni memang menebal sejak kecik lagi kot.
Diri rasa tak layak. Diri rasa tak hebat.
Semua benda negatif tu ada dalam fikiran aku. Melekat.
Dan makin bertambah likat, sejak arwah ayah dah takde T.T

Masa sekolah dulu dulu.
Hampir semua subjek nak kena jadi fasi.
Oh kenapakah?

Dalam banyak banyak subjek, aku paling minat Bahasa Arab dan Matematik Tambahan.
Hujung minggu suka pergi kelas. Duduk sorang sorang dalam kelas. Selalunya lepas Asar.
Buat latihan Addmath. Hehe..rajinnya..anak siapa nih?!
Ni sebab pengaruh mak ni. Sebab mak cikgu ke? Haha. Abaikan.
Lepas tu, bila dapat result Addmath untuk first test. 100% kot. Biaq betoi.
Dalam hati rasa gumbira. Rasa teruja. Heh. Masa tu agak kecoh sebab result tu. 
Tapi soalan masa tu macam kacang pis je. 
Function. F(x)


Astaghfirullah.
Kata orang, bila ada orang puji puji kita, sebenarnya macam nak palit lumpur kat muka.
Kata aku, macam nak palit dosa kat hati.
Sebab tu kena banyakkan istighfar. 
Supaya tak timbul riya'.
Sebab semua tu Allah nak beri. Rezeki.
Kalau orang puji lebih lebih, kita jangan excited = euphoria!
Mungkin serotonin terlebih.
 هذا من فضل ربي
"Ini nikmat Allah beri. Rezeki. Alhamdulillah"


Hmm..
Waktu lepas asar macam ni wajib pergi riadah.
Wajib keluar aspuri. Kalau tak keluar, tak pasal pasal kena denda. 
Dapat SSL = slip salah laku. Heh.
Dan kebanyakannya, pelajar puteri bukan riadah fizikal eg. main netball, volleyball.
Ni riadah mulut + perut.
Hha. Tu maknanya, bergosip sambil makan!
Na'udzubillah min dzaalik.

*pelajar puteri = gelaran untuk pelajar perempuan
aspuri = asrama puteri
kalau kat pi-el-kay-en, orang panggil 'wirawati'. heh. rasa macam srikandi :D

Bila diapproach untuk jadi fasi, hati rasa memberontak.
Subjek tertentu macam Arab ke Addmath boleh je aku tolong.
Bio? Oh tidak! Sebab result aku pun cukup cukup makan kot. 
Mana layak nak tunjuk ajar orang.
Ramai lagi hebat-hebat belaka.
Haishh..
Tapi bab ilmu ni aku tak lokek sangat.
Kalau orang minta tolong, aku ok je. iA.

Cuma, study group batch ni campur laki perempuan.
Memang tak selesa ah. Tensi.
Sebab kita budak kelas agama. 
Budak laki-laki sains tulen ada tak faham.
Bila study, banyak gurau senda.
Bila study, jarak tak terjaga.
Bila study, eye contact. Mata ke mata.
Dari mata turun ke hati. Dari hati turun ke mana?
Haishh..Hati tak tenang. Batas pergaulan tak terjaga.

Sebab tu aku bersyukur sangat sangat bila sampai Mesir.
Alhamdulillah.
Ikhtilat tidak syar'ie kat sini agak kurang.
Tipu lah takde langsung.
Still ada. tapi tak banyak.
Sahabiah yang solehah ramai. 
Boleh tarik sampan aku kalau hanyut.


Ni buat aku rasa inferior lagi -________-


Dan kalau tak silap, 
tiap tiap hari Selasa ada public speaking. 
Masing masing kena bawa English reading materials.
Macam Readers' Digest gitu.
Yang buat adrenaline aku jadi high,
Pengawas bertugas jadi emcee akan 'petik' je sape sape.
Insan bertuah je yang dapat.
Heh. Apa lagi. Selalu kot minta excuse kat pengawas nak pergi tandas.
Alhamdulillah. Sepanjang 5 tahun, terlepas.


Kalang Cekal. Tempat perhimpunan. 
Yang nampak bertangga tu. Smart tak? 


Tu bukan poin aku sebenarnya.
Al kisah, aku di'lamar' oleh seorang senior
untuk jadi ajk* kot 
*jaw drop.


Dan aku agak terkesima la.
Ah.
Apa kes ni?
Sebelum ni, aku sengih sengih je bila dengar someone kena approach. 
Sebab depa kena buat 'manifesto' kot.
Heh. 
Lagipun, aku ni jenis buat kerja disebalik tabir; behind the scene macam blog nanasarkhan
Tak reti bab-bab mentadbir.
Ramai lagi yang hebat hebat belaka.
Allahu akram.


Dengan senang hati, aku terima tolak lamaran 'beliau'.
Dengan rela hati, aku tolak tawaran itu.
Aku tahu aku memang tak layak.
Aku sedar diri. Aku tahu aku siapa.
Tanggungjawab ni amanah.
Kata Imam Ghazali dalam teka-tekinya, benda yang paling berat dalam dunia ni ialah AMANAH.


Dalam hadis Nabi pun ada sebut, 


كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته

"Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas apa yang di pimpinnya..."
[HR Bukhari]

*Ada sambungan lagi. boleh cari sendiri. ni potongan hadis.


Dan setiap orang itu bertanggungjawab atas diri sendiri.
Dush! Diri sendiri pun tak terjaga rapi.
Inikan pula ada hati nak berangan jaga kebajikan orang lain.
Musykilah awi.


10 sebab aku tolak? 
1. Maybe sifat aku yang suka sembunyi kat belakang. 
2. Tak dapat adapt lagi hidup berumah tangga sewa.
3 dan seterusnya..inferiority complex!


# Nota kaki 1 - Tak jadi pergi Port Said. Sedih T.T
"wamakaru wamakarallah wallahu khoirul makirin"
[kita merancang, Allah pun merancang, dan Allah-lah sebaik baik perancang]
Mungkin ada hikmahnya.
InshaAllah.


# Nota kaki 2 - Selamat maju jaya kepada yang bertanding! :)
ولينصرنَّ الله من ينصره
ِ[surah al-Hajj: 40]


# Nota kaki 3 - Aku ada satu formula untuk SEROTONIN.
Abnormal production : 
kalau terlebih, SEronok terlebih >> euphoria.
Kalau terkurang, SEdih >> depression.


Dah dah. malas nak pikiaq. Jom study. 
Panjang sangat entry tulis kali ni. Terharu kalau hgpa baca sampai habis :)
Wallahu a'lam.

03 April 2011

ASHABUL KAHFI & WET GANGRENE

Assalamu'alaikum wbt
Post kali ni mengenai WET GANGRENE.

Teringat kisah yang diceritakan oleh pensyarah di kuliah tempoh hari. Sekadar ingin berkongsi kisah dan pandangan.


Apa itu wet gangrene?

- it's a common complication of prolonged stay in bed = bedridden 
- occurs mostly over the sacrum due to pressure and blockage of blood flow leading to stagnation and thrombosis of nutrient blood vessel


Subhanallah!

Percaya atau tidak?!!! 
Al-Quran kalamullah sudahpun menyebutnya dlm kisah ashabul kahfi.
(Surah al-Kahfi, ayat 18)
" Dan engkau mengira mereka itu tidak tidur, padahal mereka tidur; dan Kami bolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri,..."
Ashabul Kahfi ni sebenarnya nama sekelompok orang beriman yang hidup pada masa Raja Diqyanus di Romawi, beberapa ratus tahun sebelum diutusnya nabi Isa as. Mereka hidup ditengah masyarakat penyembah berhala dengan seorang raja yang zalim. 


Ketika sang raja mengetahui ada sekelompok orang yang tidak menyembah berhala, maka sang raja marah lalu memanggil mereka dan memerintahkan mereka untuk mengikuti kepercayaan sang raja. 


Tapi Ashabul Kahfi menolak dan lari, dikejarlah mereka untuk dibunuh. Ketika mereka lari dari kejaran pasukan raja, sampailah mereka di sebuah gua yang kemudian dijadikan  tempat persembunyian.


Dengan izin Allah, mereka kemudiannya ditidurkan selama 309 tahun di dalam gua. Dan dibangkitkan kembali ketika masyarakat dan raja mereka sudah berganti menjadi masyarakat dan raja yang beriman kepada Allah SWT.


Tempoh masa mereka tertidur di dalam gua itu sangat lama. Dalam tempoh itu, seandainya tubuh mereka tidak bergerak, mahupun berkalih sedikitpun semasa tidur, ia akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan perjalanan darah tidak lancar. Hal ini disebabkan oleh tekanan daripada tulang.


Seandainya tubuh tidak bergerak ataupun tidak dibolak-balikkan, 'wet gangrene' tu memang boleh berlaku. Komplikasi disebabkan baring terlalu lama (prolonged stay in bed) lebih-lebih lagi orang lumpuh (paralysed).


Sebab tu, masa kita tidur, posisi tidur selalu berubah. Bila kita terjaga, kita berada dalam posisi lain pula. Tengok link video ni




Peristiwa ini membuktikan keagungan kekuasaan Allah dan kebenaran Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sejak 1400 tahun dahulu.

SUBHANALLAH!


# Sciences prove the mighty power of Allah.