27 August 2012

Notti girl (pt 2)

Ayat-ayat suci al-Quran bergema di segenap ruang kelas tahfiz itu. Masing-masing bersemangat menghafaz potongan ayat yang disuruh oleh ustaz. Ada yang membaca potongan ayat berulang kali. Ada yang membaca sambil mengingat. Dengan suara yang rendah mahupun tinggi. 

Di situlah aku mula mengenal dan menghafaz ayat-ayat chenta Allah SWT yang tidak kuketahui maknanya. Bermula dengan juz 'amma (juz 30) dan surah-surah pendek. Kemudian, beralih pula ke surah al-Baqarah.


Lebih kurang macam ni lah suasana di kelas =)
Ketika usia muda kita sangat mudah nak menghafaz. Apa sahaja yang kita belajar, mudah masuk. Kata orang, waktu kecil senang nak ingat. Otak budak-budak macam sponge bob. Mudah menyerap. Serius. Nanti bila dah tua membongkok, liat jadinya. Al maklumlah..dementia!

Banyak perkara yang buat aku terkenang kisah ini. Seingat aku masa darjah satu, kelas tahfiz pada hujung minggu itu diganti oleh seorang ustaz lain. Ustaz Rahim, guru bahasa Arab. Kebetulan kelas pada hari itu tamat awal daripada biasa. Rakan-rakan lain telahpun pulang lebih awal. Mereka tinggal berhampiran sekolah itu. Malangnya,aku keseorangan oleh sebab rumahku agak jauh dari sekolah. Tak tahu macam mana nak balik rumah. Baru darjah satu! Tak tahu mende..

Menunggu ibu datang menjemput ada lagi 1-2 jam. Bila ibu dapat tahu, ayah dan ibu bercadang nak belikan telefon bimbit. Risaukan anaknya in case kejadian berulang lagi. Senang nak berhubung. 

Pehh..baru darjah satu dah ada handset!

Agak-agak telefon bimbit zaman dulu macam mana? Besar kot. Kalau ada spotcheck, memang kantoi lah! 


Rasanya rupa handset tu macam ni. Siap ada aerial!
'Naughty girl'. Aku terlihat tulisan itu pada suatu muka surat al-Quran milikku. Ni tulisan Ustaz Said. Hehe..itulah siapa suruh lambat sangat tasmi'. Kan dah kena!

Pfftt...dalam hati bersyukur tak kena sound. "Yeay! Dah tasmi'. Nanti lepas kelas..nak kena call mak."

26 August 2012

Notti Girl (pt 1)

Seperti biasa setiap kali hujung minggu, arwah ayah akan menghantar kami dua beradik ke Sekolah Agama Rakyat (SAR) al-Kahfi untuk menghadiri kelas tahfiz al-Quran. Di situ, kami seronok belajar hukum tajwid dan menghafaz al-Quran. Osem! Ustaz yang mengajar kami bukan orang Melayu. Ustaz berasal dari negara India. Seorang india muslim. Sejak menetap di Malaysia, ustaz sudah pandai berbahasa Melayu.

Dalam kelas tahfiz itu ada lebih kurang 20 orang murid. Aku adalah salah seorang daripada mereka. Tapi, kerapkali ustaz memanggil namaku. Bukan sebab aku buat kacau, buat bising..tapi sebabnya aku selalu jadi orang yang paling akhir ditasmi'. (baca: dengar/semak bacaan AQ)



"Nabilahhh...nak bila baca?" kedengaran suara Ustaz Said. Bahasa Melayunya masih belum fasih sepenuhnya.

"Err..kejap lagi,ustaz." aku berdalih buat kesekian kali. Hehe..bukannya tak hafaz lagi. Cuma malas nak ke depan meja ustaz. Tunggu hujung waktu kelas nak berakhir, baru aku bergegas ke meja ustaz.

Oleh sebab perangai aku yang sering kelambatan begini, ustaz telah memanggilku dengan satu gelaran.
Jin Notti Girl.

Nota kaki:
  • Kini SAR sudah dikenali sebagai KAFA Integrasi.
  • Kenapa nama al-kahfi (gua) ? Haha..sebabnya sekolah tu area 'gua' Batu Caves kot.. 
:)

like a ninja..wachaa!

Assalamu'alaikum. 

Lamo den tak menulis nih. Izayyiku? ^_^ 
Kali ni eden nak menulis pasal raya lah. Bukan raya deepavali atau thaipusam. Ni pasai raya puasa.  Disebabkan hari ni dah masuk 7 Syawal..maka, entry ini berkisar tentang raya Aidilfitri :)

Sejak umur dah belasan tahun..dan sekarang ni pun masuk geng 20-an. Nak tak nak, abang adek kakak sume termasuk yang menulis sudah melebihi 15 tahun mengikut pendapat Imam as-Syafie sudah dikira akil baligh! walaupun yang muslimah belum keluar haid, dan yang muslimin belum keluar mani. eh eh betul kan?!

Cepat check kuliah fiqh Ustaz Aqli. kalau salah tolong betulkan :)
"Bila tiba hari raya..semua insan bergembira.."
Sob sob sob..awat ceq menangis nihh? Sob3..sebabnya musim raya ni lah banyak makcik pakcik macam dah tak kenal dosa pahala. Main tibai ja salam dengan sapa pun. Main dedah aurat yang mana tak patut.

Sedih melihat kemungkaran yang berlaku depan mata, tapi aku tak mampu menghalang. Hanya membenci perbuatan itu dengan hati. Dan aku sangat takut kalau kalau aku melihat kemungkaran itu sebagai perkara normal. Perkara biasa.


"Standard la tu"
"Makcik pakcik tu tak p mengaji agama..mana nak tau"
"Memang dah jahil..nak buat camna lagi.."

Seingat-ingat aku sejak sekolah menengah baru aku tahu sepupu dan ipar tu bukan mahram. Dalam erti kata lain, kita tak boleh bersalam dan kita wajib menutup aurat bila berhadapan dengan mereka.
"Eh, sepupu kot. Anak mak menakan aku. Bukan aku nak kawen dengan dia pun"
"Bro, memang la tak mau dan takkan kawen dengan dia. tapi hang kena ingat dia tetap bukan muhrim. melainkan dia pernah menyusu dengan mak hang @ hang yang menyusu dengan mak dia masa kecik kecik dulu"
"Dulu masa kecik kecik..aku main masak masak, main pistol pistol kot dengan dia. Aku dah anggap macam darah daging aku sendiri"

Hewhewhew. Allah dah sebut dalam AQ dalam surah an-nisa' ayat 23 dan 24 mengenai mahram..ada tak sebut sepupu a.k.a anak kepada ibu/bapa saudara sebelah ibu/bapa..?? 
Tak ada kan?? kan? 

Sebab tu setiap kali sepupu sepapat balik kampung beraya..maka, hampir sebulan jugaklah berkelubung. Berlari-lari menyusup masuk ke bilik cari tudung....terusss sarung! Pffttt...

"when people come to house unexpected for raya and you run upstairs to go grab your scarf like a ninja" -adibaah-

Like a ninja, seriously. -____-



Sahabat sahabat yang dikasihi kerana الله

Usah rasa terbeban


Sahabat2, jangan kita rasa terbeban dan terkongkong dengan syari'atullah yang Allah dah tetapkan. Cuba kita fikir, Allah haramkan kita makan daging khinzir,anjing, minum arak...tapi banyakkkkkk lagi jenis makan minum yang Allah halalkan. Ketam,sotong, udang, ayam, ikan...kenapa kita nak persoalkan lagi?

Sedangkan Allah sudah sediakan nikmat yang sangat banyak..masak lah makanan jenis apa pun..nak masak tomyam,masak kicap, masak berlada kurang masin,masak tumis ke ape ke..yang penting jangan dekati yang haram~


Betulkan yang biasa, biasakan yang betul ^^

Kalau kita jenis yang terbiasa atau tak sengaja bersalaman dengan ajnabi..pastikan kita buat yang ini:


1. Kenali siapa orang yg kita nak salam
2. Kalau tak kenal, tanya mak, ayah, tokwan, etc
3. Kalau ragu2, jom check gambar bawah ni. Alang2 ada telefon canggih canggih belaka, simpanlah dalam smartphones korang. Senang nak check =)

*warna kuning tandanya wajib menutup aurat dan haram bersalam*



Fahimtum? :)
"If covering your aurah displeases them but pleases Allah, then being teased 'selekeh' ain't really a bad thing after all, no?" -AisyahShakirah
Nota kaki 

#1 - Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf andai tersalah kata, tersilap bicara, terasa di mana-mana. Maaf zahir batin. Taqabbalallah minna wa minkum.

#2 - Ni link soal jawab permasalahan berkaitan dengan aurat

wassalam (:

03 August 2012

O Allah..

My heart is a kite
held by a string
in the middle of a storm.

O Allah,
I'm not asking You
for a calmer storm.
Rather, I am asking You
for a thicker string.

O Allah,
I'm not asking You
to end this storm soon.
Rather, I am asking You
to make me stronger
so that I may hang on longer
and see the rainbow
after the storm ends.


-AimanAzlan-