08 April 2016

EXAM!

"Tidak akan bergerak sesuatu perkara itu walau sebesar zarah sekali pun jika bukan dengan izin Allah. Kita usaha tapi yang izinkan adalah Allah."  –quoted 

Final Exam Surgery
9, 16, 21, 26 April 2016

May Allah ease everything! (:

رب يسر ولا تعسر
حسبنا الله ونعم الوكيل

10 February 2016

FULUS OH FULUS

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
masih diberikan ruang dan peluang untuk merasai nikmat sihat dan masa lapang. Dua nikmat yang sering kita lupa. Jadi, untuk memanfaatkan masa lapang cuti musim sejuk (winter break) ni , di sinilah saya menulis dapatan dari seminar kewangan di Tanta pada 29-30 Januari yang lepas.

Tanpa bertangguh, sebab saya tak larat nak tulis panjang panjang hehe..
jadi, terus pada tajuk kita pada kali ini;

FULUS OH FULUS !

Ilmu yang saya dapat dalam seminar tempoh hari ini saya tak mampu saya tulis panjang berjela, sebab saya pun budak baru belajar. Walaupun yurannya agak mahal bagi sesetengah orang, input yang diberi jauh bernilai. Jadi, saya niatkan supaya penulisan ini dapat membantu sahabat-sahabat dalam merancang wang dengan baik, inshaaALLAH.. semoga Allah akan bantu saya kelak apabila saya dalam kesempitan.

Sebagaimana yang kita tahu, ilmu pengurusan kewangan tidak diajar di sekolah-sekolah. Kebanyakan kita belajar dari pengalaman sendiri ataupun pengalaman hidup mak ayah kita atau dari pembacaan sahaja. (itupun kalau baca!)

Sebagai ringkasan, ini adalah antara perkara yang saya belajar dalam seminar tersebut:

  1. Rancang wang sebelum kahwin
  2. Kanvas Kewangan
  3. Ubah Gaji Jadi Harta

Soalan pertama PakDi semasa memulakan slot pertama, beliau bertanya pada semua peserta,

"Kenapa kena jadi kaya? Kenapa kena ada harta?"

Haa..ce korang jawab. Jawab dalam hati lah.

Sebab nak hidup senang? Nak duit berkepuk kepuk dalam poket?
Sebab nak pergi travel satu dunia?

Bila anda ada 1 juta dalam tangan, apa yang anda mahu lakukan dengan 1 juta itu?

Fikir fikirkan =)

Kenapa? — kita kena jadi kaya, ada duit banyak banyak, bukan sekadar nak memenuhi semua kehendak hidup senang,

tapi niatkan kekayaan kita itu dapat sempurnakan rukun Islam yang lima; zakat & haji.

Kalau dulu mungkin kita penerima zakat, tapi inshaAllah suatu hari nanti kitalah pembayar zakat 😊

Sekarang moh kita masuk tajuk bagaimana merancang wang sebelum berkahwin.

Nota:

  • Save whatever left after spending VS spend whatever left after saving 
Atau bahasa melayunya, simpan duit lebih lepas dah belanja VS belanja duit lebih selepas dah simpan

Haa yang mana lebih bagus? 

Contohnya gaji RM 3500, nak simpan dulu ke nak belanja dulu baru simpan??

Ok ni cadangan Pakdi —
Paling kurang simpan RM 300/ setiap bulan sebelum habis berbelanja.
  • Buat Tabung Hijau

Cara paling mudah ! Simpan ikut warna pilihan anda; hijau contohnya = RM 5

  1. Sediakan tin kosong, tidak perlu beli baru. Tin susu anak pun boleh guna.
  2. Setiap kali urusan pembelian dapat duit hijau ni wajib simpan, jangan guna!!
  3. Bila sampai rumah terus masukkan dalam tabung hijau setiap hari.
  4. Cuba amalkan selama 2-3 bulan, anda akan rasa seronok bila tengok duit hijau ni berkepuk kepuk.
Kenapa RM 5???
SEBAB jarang dapat dan nilainya dalam kategori sederhana.

Boleh je kalau guna warna lain. Merah ke..ungu ke..biru ke..


  • Rancang bajet kahwin
Tajuk paling dinanti-nantikan!

Target bila?
3 tahun lagi? 5 tahun lagi?

Berapa wang yang ada sekarang? Cukup tak?

Kalau belum cukup lagi bajet 20 ribu contohnya.
Menyimpan dari sekarang.
RM 10 ribu setahun bila dah bahagi 2 tahun target.
Bahagikan ikut bulan, minggu, dan hari.
Sebulan dalam RM 800
seminggu dalam RM 200
sehari dalam RM 30

Persoalan:
10k untuk kahwin ?

Saya pernah ternampak status seperti ini, tapi tak ingat siapa. 10k untuk kahwin.

Cuba tengok ni,

 
Pakdi kata kalau ikut statistik ni, kahwin masa belajar (walaupun amik mengaji kedoktoran) , masih dikira lulusan SPM. Tak ada degree lagi. Haha. Jauh kot beza RM 8000 dengan RM 30000 !


Sampai bila tak kahwin mak jah oi.

Sebab nak kahwin punya pasal sanggup pinjam bank. Lepas kahwin duk kerja bayar hutang sampai ke sudah.

Cliche.

Nota:

  • Hantaran adalah sunat, manakala yang WAJIB adalah MAS KAHWIN
  • Usah terikut-ikut trend wang hantaran. Kebahagiaan tidak diukur dengan nilai wang hantaran. Jangan sampai adat menyukarkan urusan kahwin.
  • Elakkan berhutang dengan bank (personal loan)
Fasa 7 tahun pertama selepas berkahwin adalah fasa menabung/menyimpan, bukan fasa bayar hutang!
  • Pilih pasangan yang sekufu; samada dari segi agama, keturunan, hatta sekufu dari segi HARTA.
Apa maksud sekufu harta?
-- Keduanya mempunyai kefahaman yang sama dalam pengurusan kewangan. 
Suami isteri sanggup hidup susah senang bersama. Apabila suami buat keputusan untuk tinggal di rumah sewa, pakai kereta buruk pada fasa 7 tahun pertama, si isteri faham kenapa dan sanggup untuk berkorban.
  • Bajet kahwin: 10 ribu. possible tak?
Jom lihat contoh bajet di bawah.
Bajet kahwin biasa (belum kira bajet honeymoon)
Bajet kahwin paling luar biasa (undangan 100 tetamu sahaja)
10k itu tidak mustahil sebenarnya.

Bajet kahwin luar biasa (kos merangkumi perkara wajib + sunat sahaja)

Paling luar biasa, undangan 100 orang tetamu sahaja.

Ada berani?

Takut ada member kecil hati?
Risau mak ayah mertua pangkat besaq , konfem VIP orang besaq besaq kena jemput?

Masa seminar haritu, Pakdi minta kami semua keluarkan sorang satu kertas kosong.

Cuba korang pun try buat sekarang.

Tuliskan nama 5 orang member paling rapat.

Member yang kalau susah senang takkan lekang dari kita. Yang tahu rahsia / masalah personal kita. Yang kalau kita kutuk depan depan dia tak kisah langsung. Yang akan layan kita walaupun lawak hambar giler..

Ok dah. Sekarang, tuliskan lagi 5 orang yang kedua, ketiga, dan seterusnya.
Sampai tak 100 orang tu?

Haaaa.. sampai tak??

Apa apa pun bergantung pada perancangan masing masing.
 Kalau mampu,  teruskan =)

Ok sampai sini dulu. Maaf salah silap kalau kalau ada tersilap. Saya budak baru belajar ✌

Next time saya update tajuk lain pula inshaALLAH ;)

Nantikan!

Sekian wassalam.

Rujukan:

01 February 2016

INFLASI : MUSUH UTAMA DUIT KERTAS

Semua orang menyimpan duit, tetapi sedarkah ke mana duit itu pergi sedikit demi sedikit secara terhormat.

Semua orang perlukan simpanan, tapi simpanan yg bagaimana?☺

Berbaloikah simpan duit syiling dan wang kertas sahaja? $$$

Semua orang perlukan perlindungan kewangan, tapi bagaimana jika wang itu semakin tidak bernilai dari hari kehari.

Dengan menyimpan emas tidak menjadikan anda kaya serta merta, tapi Emas boleh mengelakkan anda dari terus miskin.☺

Trend simpanan Emas sebenarnya sudah lama bermula, sejak dari zaman tok nenek kita lagi. Orang tua kita juga selalu berpesan agar kita membeli dan menyimpan emas, namun ada yg mereka tidak beritahu kita mengapa perlu simpan emas sebab mereka juga tidak tahu.

Ramai orang tidak tahu bahawa Emas itu adalah duit sebenarnya!

Inilah yg orang salah faham. Ramai yg menganggap emas adalah pelaburan semata-mata.

Sebenarnya dengan menyimpan dan mengumpul Dinar Emas ianya lebih kepada simpanan dan secara tidak langsung ia juga berfungsi sebagai INSTRUMEN PELABURAN.☺



Follow me @
FB : Nabilah Yunus
Instagram :@nabilahgold