18 August 2011

kerana aku masih ingat (KAMI)


Tanggal 15 September 2010. Menggamit memori


Masih terbayang saat kami berlepas ke bumi anbiya', Mesir. Kebanyakannya pelajar dari kursus persediaan di KTT. Rasanya seorang ikhwah KSP tersesat naik Egypt Air sekali. (tak ingat siapa?)
Penerbangan pelajar tajaan MARA dari IKIP esoknya kalau tak silap. 

Hari sebelum berlepas, perasaan macam berbaur. Memikirkan kehidupan yang bakal ditempuhi jauh di perantauan, amanat mak ayah, masa depan sebagai seorang pelajar perubatan dan sebagainya. Lagipun, beraya di kampung pun baru sehari dua.
Tengok status kawan-kawan di FB : solat jumaat terakhir di Malaysia, Alex...here I come! J etc
Semua macam tak sabar dah nak fly~

Pesan mak

"Ayong belajar elok-elok ye kat Mesir nanti. Jaga diri kat tempat orang. Ingat pesan arwah ayah. Mesti ayah gembira bila tengok anak dia dah berjaya sampai tahap ni." 



Sebak. 

Air mataku tahan. Memang dari kecil, tak pernah nak tunjuk perasaan. Lagi-lagi selepas arwah ayah tiada. Rasa kosong. Mak, adik dan sahabat-sahabatlah yang selalu mengisi kekosongan itu. Mak selalu pesan, kalau teringat arwah ayah, jangan lupa sedekah al-Fatihah.

"Mak jangan risau. InshaAllah, Ayong ingat semua tu. Mak doakan Ayong tau" kataku untuk menyedapkan hati.

"Angah, belajar rajin-rajin. SPM nak dekat dah. Jangan malas-malas. FB tu tak payah main banyak sangat." sempat lagi aku berceloteh kepada adikku yang bakal menempuh peperiksaan SPM pada tahun itu. (sekarang di UiTM Arau, Perlis. Jurusan perakaunan. Alhamdulillah J


.: Flying without wings:. 
KL - CAIRO - ALEX

Ukhuwah tercipta: Saat perkenalan bersama ahli floor 5

Lebih kurang 3 jam perjalanan dari Cairo International Airport ke Alexandria, kami pun tiba di asrama Mara. 

"Wah, macam hotel je" 
"Agak la. Kalah rumah Arab sebelah ni. Luas kot"
"Bangunan sebelah ni, bank la!"
"Oo ye ke..."

Rakan sebilikku J

“Bilik ni ke? Laa…sebilik dengan ‘kembar’ Raihan ke…”
“Yep. Rupa kitorang sama ke? Lain sangat kot”
“Hha…ok ok…lain sikit la.”
Syafiqah, yang tu sape name?”
“Tu Ina. Amalina.” Ina berpalih ke arahku.
“Gapo dio?”

Dalam hati...ooh ore kelate!
Tiba-tiba, muncul seorang kanak-kanak riang dari bilik sebelah J

"Syafiqah, Ina..Hari ni kita nak buat apa?"
"Rehat! Senior PSMB tu kata, esok lusa baru mula orientasi.”
“Yeay! Alhamdulillah. Boleh la rehat-rehat sambil kemas barang-barang ni.”
“Eh, tu beg ko ke?”
“Ha’ah. Kenapa?”
“Tadi aku Nampak beg ni la yang berapa kali pusing-pusing kat airport tu. Takde orang tuntut.”
“HAHA..ye ke…tadi solat subuh dulu masa sampai. Sebab masa tu dah nak cerah”
“Oo…so, kau la Nabilah Yunus?”
“Yup. Kau?”
“Nur Amalina Allaudeen. Panggil Amal je. Ina ni kembar aku. Hehe..”


**to be continued**