08 December 2011

TILL DEATH DO US APART?

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa.  
(Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Allahu akbar. 


Kalam Allah tu. Pernah kita terfikir, terdetik dalam hati..kita dan sahabat karib kita saling bermusuhan di akhirat kelak. 
Itu tak kena, ini tak kena.
Masing masing berhujah. Saling bertelagah.


Walhal, masa hidup kat dunia, bukan main 'kamceng'.
Macam belangkas. Ke hulu ke hilir.
Pergi kuliah sama sama.
Study sama sama. 
Tengok muvi sama sama.
Nyanyi lagu rap nasyid sama sama.
Makan sepinggan, minum secawan.
Tidur sekatil.
Tak boleh nak berpisah langsung.
Musykilah awi.

Tapi kenapa? 
Kenapa bila sampai perhitungan kelak, kita bermusuhan?
Masa tu, semua saling mempertikai. 
Saling menyalahkan.


Boleh jadi salah satu sebab kita tak pernah tegur sahabat kita.
Tak pernah tegur ahli beit a.k.a housemates kita. 


Kita tak tegur, bila dia tak solat.
Kita tak tegur, bila dia lewat-lewatkan solat.
Kita tak tegur, bila dia tinggalkan solat jumaat.
Kita tak tegur, bila dia tak tutup aurat. Pakai sendat sendat.
Kita tak tegur, bila dia mengumpat.
Kita tak tegur, bila dia ber'couple'. 
Kita tak tegur, bila dia ber'dating' + ber'skype' dengan ajnabi.


Pernah ke kita tegur?
Tak sengaja atau tak berani?


Even cuak nak tegur, pernah kita ajak dia buat kebaikan? 


Jom pergi tafaquh/ majlis ilmu.
Jom puasa sunat Isnin dan Khamis.
Jom solat sunat. Misalnya.


Tapi,
Kita selalu buat hal kita. Dia buat hal dia.
Aku aku. Kau kau.
Guna pakai konsep "Ada aku kisah" -_________-


Astaghfirullah al-'adzim. 
Itu sangat tidak patut ye kawan kawan.
Cuma, cara kita nak tegur kawan kita, biar kena caranya.
Kadang-kadang, action speaks louder than words.
Mungkin selama kita bersahabat, kawan kita cuba untuk berubah.
Dia teringin nak ikut. Dia teringin nak jadi baik. Kita tolong dia.
Even rasa diri sendiri tak baik mana pun. 
Takkan nak masuk syurga sorang sorang kan?


Dan yang paling penting,
bila kita tegur orang. Kita nampak salah orang.
Jangan sampai kita tak nampak salah sendiri.
Banyakkan doa Allah tak tarik balik hidayah kita. Mantapkan iman kita.
Mana tahu suatu hari, kawan kita yang kita rasa paling bermasalah,
dia tu lah yang paling soleh dalam kalangan kita.
Masya Allah.


Jangan jemu jadi baik. Jangan jemu buat baik.
Kredit gambar - tumblr

Nota kaki 1 - Dear sahabat, ahli beit, etc. Tegur je bila aku khilaf..InshaAllah kheir. 
Kalau tak berani depan depan. Boleh bagi mesej via etisalat
Jangan jadi anonymous kalau boleh. heh.
Nota kaki 2 - Biar kita bersahabat sampai syurga. Moga tak bermusuhan di akhirat sana.
Nota kaki 3 - Syukran Aiza sebab share ayat AQ ni. Uhibbuki fillah :)

10 comments:

  1. Nabilah, ukhwah fillah. Ingatkan aku jugak. =)

    ReplyDelete
  2. ye. nanti nyanyi lagu nasyid pulak ye T_T

    ReplyDelete
  3. syukran ye nabilah..uhibbuki fillah..

    ReplyDelete
  4. Nabilah x pernah ajak tegur ak yg x pernah solat jumaat ni~~~

    kidding...syukran
    means a lot.. ble2 difikir2kn,ak pun x jge roomate ak btul.. x tegur lgsung klu buat salah :/ Aih~

    p/s: like dis post

    ReplyDelete
  5. Dear Atiqah Sahmah, Ilyani, Akira,
    uhibbukunna fillah :)

    korang kena tegur aku selalu. aku ni cepat terpengaruh. so, bagi pengaruh aku buat benda baik. hehe. iA.

    Akira: weh, aku lupa nak ajak! Tak tahu pulak kau ajnabi. aku tiap-tiap minggu tak pegi. hehe.

    aha...tetiba teringat. tahun lepas, ada sorang pakcik teksi ni tensi sebab tak faham dia cakap apa.

    pastu, dia suruh kitorang pergi solat jumaat + dengar khutbah. bila dah biasa dengar, senang nak belajar bahasa Arab.
    Nanti takde masalah nak cakap arab. Nak faham al-Quran pun mudah. Arab pun tak buleh tipu kita. heh.

    [act, dah biasa kena tipu -.-"]

    ReplyDelete
  6. ImanAzlan: err...ok. ma'alisy. yang tu je aku teringat masa tu.
    sori bro.

    Ateng: ni musykilah ni. macam mana buleh sampai sini??

    better kau pergi update blog kitt tu. dah berhabuk aku tengok.
    g shuffle kat sana. heh.

    ReplyDelete
  7. "kalau boleh jgn anon"

    baiklah baiklah

    post ni sangat sangat terkesan
    syukran nabilah
    terfikir hal sama tp tak terluah:/

    ReplyDelete
  8. blog gua ramai betul anonymous.

    nanti gua promote post ni kat blog gua, supaye lepas ni dorang berani guna akaun blogger sendiri. heh.

    ReplyDelete
  9. Aini, bukan apa. kadang kadang incik anon macam psiko orang kot.

    btw, syukrulillah. Allah yang gerakkan hati nak menulis :)

    kalau enti tulis, lagi mantap kot. ana bukan hebat macam enti. hehe

    Iman, tak perlu la kot. tak pasal pasal anonymous sejati kau bertandang kat sini.

    musykilah awi..

    ReplyDelete

Write a comment...