25 February 2012

Jejak Rasul : Kembara Sinai

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah 'ala kulli hal :)
Segala memori indah sepanjang jaulah ke Semenanjung Sinai dan ekspedisi menawan puncak Sinai telah dimuatkan dalam video yang tidak seberapa ini.

[First time buat video kot...err...tak reti. Testing123. Silakan kalau rajin nak komen/kritik.]
InshaAllah. Moga beri manfaat pada semua.
Kredit : Fazira Ekma atas kata-kata yang penuh hikmah T.T


Merentasi Terusan Suez ke Semenanjung Sinai melalui terowong bawah laut.
Macam terowong SMART !
Tengah tunggu loading video? Meh baca kat bawah ni dulu :)

Antara destinasi menarik tinggalan jejak Rasul:
1. Uyun Musa (Telaga Musa)

Uyun Musa
Dikisahkan dalam al-Quran, Surah al-A'raf (7) ayat 160, selepas peristiwa Nabi Musa AS dan kaum bani Israel dikejar Firaun. Mereka merentasi Laut Merah yang terbelah menggunakan tongkat Nabi Musa AS biiznillah. Dengan izin Allah, mereka terselamat manakala Firaun ditenggelamkan. Oleh kerana kepenatan dan rasa dahaga, mereka memohon pada Nabi Musa untuk berdoa kepada Allah. Maka Allah mengarahkan Nabi Musa memukul ke bumi lalu terpancarlah 12 mata air mengikut 12 suku kaum bani isra.el.

^ Ustaz Amar sedang bercerita mengenai kisah Nabi Musa AS dan telaga tersebut.
Menurut Ustaz Amar, pada zaman kekalahan perang 3 serangkai Mesir, Jordan dan Syria menentang Isra.el, Semenanjung Sinai adalah satu benda yang menjadi taruhan. Jordan kehilangan Sungai Jordan, manakala Syria kehilangan Bukit Golan.

Pada masa itulah, Yahudi laknatullah ini cuba menghapuskan kesan-kesan sejarah yang ada di Semenanjung Sinai seperti Uyun (Telaga) Musa cuba dikambus, batu terpancar 12 mata air cuba diangkat dan banyak lagi yang cuba dihapuskan.

Cuba kita fikir, punya la Yahudi tak mahu orang tahu sejarah nenek moyang dia yang banyak kesan sejarahnya di Mesir..sampai sanggup hapuskan. Mereka tak mahu tunjuk pada satu dunia yang mereka ini satu bangsa yang pernah ada sejarahnya di Mesir. Mereka nak tunjuk pada dunia yang tanah Palestin itu mereka yang punya!

Walhal, tanah itu tak pernah jadi hak milik mereka seperti yang dicanang-canangkan. Kerana apa?
Cuba buka tafsir al-Quran. Lihat Surah al-Maidah,5 : ayat 21-26.

21. Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari kebelakang (karena kamu takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.
22. Mereka berkata: “Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa, sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya. Jika mereka keluar daripadanya, pasti kami akan memasukinya”.
23. Berkatalah dua orang di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) yang Allah telah memberi ni’mat atas keduanya : “Serbulah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka bila kamu memasukinya niscaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakkal, jika kamu benar-benar orang yang beriman”.
24. Mereka berkata: “Hai Musa,
kami sekali-kali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi mereka ada didalamnya, karena itu pergilah kamu bersama Rabbmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami hanya duduk menanti di sini saja”.
25. Berkata Musa: “Ya Rabbku, aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku. Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu”.
26. Allah berfirman: “(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun, (selama itu) mereka akan berputar-putar kebingungan di bumi (padang Teeh) itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu”.


^ See. Oleh sebab mereka sendiri yang ingkar perintah Rasul tak mahu masuk ke Palestin, maka Allah sesatkan mereka dalam lingkungan Banjaran Teeh selama 40 tahun.

Sahabat-sahabat,
Allah sesatkan mereka bersama Nabi Musa. Tapi bukan terkontang-kanting dengan perut lapar dan rasa dahaga. Subhanallah. Allah masih beri nikmat pada mereka. Allah turunkan al-mann wa as-salwa (sejenis madu dan burung).

Itu tanda kasihnya Allah pada makhluknya. Walaupun kita banyak buat maksiat. Kita buat apa yang Allah larang, kita tinggalkan apa yang Allah perintah. Kita kena ingat, pintu rahmat kasih sayang Allah itu masih terbuka. Maka, bertaubatlah. Biarlah banyak kali bertaubat pun setiap kali kita ulang kesalahan yang sama. Sesungguhnya Allah suka pada orang yang menyucikan dirinya...

Papan tanda berhampiran kubu tinggalan tentera Is.ra.el
^ Suka tulis ayat ni belakang kertas exam. Harapnya pemeriksa lembut hati :)

2. Makam Nabi Saleh dan Nabi Harun
Makam Nabi Saleh dan para sahabat baginda

3. Lembu Samiri

Kuiz :) Siapa hebat, cuba teka. Ada beza tak lembu Samiri dengan lembu yang diceritakan dalam surah al-Baqarah ?

4. Laut Merah (Teluk Suez dan Teluk Aqaba)

5. Jabal Musa (Bukit Tur Sina)
Matahari terbit : view dari puncak Sinai. Subhanallah!

15 February 2012

Putus Fius Ke?

Di suatu malam ambang merdeka. Bukan bukan. Malam sebelum practical exam module. Eheh.

Al-kisah, ramai sahabat yang datang berkunjung ke rumah panjang kami. Memang panjang pun. Hajat di hati nak study last minute, last preparation. 
Belajar anatomy, histology sama-sama. 
Belajar fisiologi - buat semua gaya gait yang ada. Ataxia gait, wide base gait, stamping gait, apa lagi ye. Tak ingat. Yang pasti shuffling pun ada! Haha.

Tengah seronok seronok study. Tiba-tiba, ada ringtone sahabat aku ni berbunyi. Panggilan daripada seorang ikhwah. Sibuk nak tanya apa jenis soalan praktikal yang akan keluar esok. Mamat ni selalu jugalah call akhawat ni. Takde benda penting pun.

Kebetulan line telefon di rumah kami tak berapa jelas malam tu. Aku tensi tengok kenapa mamat tu call banyak kali. Macam 'ammu Arab je aku rasa. Sikit sikit nak call sebab si penerima dah tekan butang reject berjuta kali. Aku tensi. Kacau orang study. Dia pun tak tahan dan suruh aku je cakap kat mamat tu.

Jeng jeng jeng. Aku apa lagi? Aku sound lah.

"Kenapa call? Soalan spot praktikal esok ada tulis kat wall group fb kot. Cubalah cari."

Mamat ni masih tak puas hati. Dia nak tahu masa tu juga. Aisehh..ngada-ngada lah.

"Kau pergi la tanya ahli beit kau terus. Apahal selalu sangat call *minah ni ?? Kan boleh tanya kawan kau sendiri...ahli beit kau ke? Mesti diorang tahu."

"Eh, ni siapa?????" mamat yang kebingungan bertanya.

"Aku la. Apa hal ni?"

"....." senyap terus. "Oh...ok lah. bye." Panggilan dimatikan.

lol.

"Pehh..berani kau cakap macam tu. Salute."
"Biar mamat tu sedar sikit."
"Betul jugak. Haha kenapa dia selalu call kau?"

Haha.
Kantoi kantoi.


*********************************************

Sebenarnya, benda ni common la kan. Berlaku di mana-mana. 
Berlaku pada siapa-siapa pun. Fitrah lelaki tertarik pada wanita. Dan sebaliknya.

Cinta itu fitrah, jangan jadikan ia fitnah.

Pernah satu ketika dulu. Ada dalam dua tiga orang akhawat yang konfius. Nasib baik tak putus fius

Kenapa? 

Ni kes mamat yang suka 'like' semua jenis wallpost Facebook yang ada. Tak kiralah post depa bersembang antara adik-beradik, anak-beranak, cucu tokwan pon dia berani likeApa kes ni bro? Tak faham aku. Kalau sekali dua, mungkin dia tak kisah. Ini dah kerap kali. Nasib baik cik adik manis tu tak hanyut dibuai perasaan. Perasaan yang tak pasti!

Hmm..
Kalau benar cinta, mesti mahu bersama ke syurgaNya.
Jangan kerana cinta, terhumban jauh ke dalam neraka.

[Umum] Minta tolong sangat sangat wahai ikhwah. Jangan buat sedemikian pada akhawat. Susah tau nak jaga hati. 

Jangan tanya siapa. Cuma mengharap ada yang terbaca. Dan saling mengingatkan. Remember. Ilmu itu cahaya Allah, dan cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang membuat maksiat. 

Banyakkan istighfar.

# Entry ni agak sensitif bagi yang makan cili berkati-kati -_____- 
Kena ingat kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita. 

Wallahu a'lam.