02 May 2010

DOSA SERUPA

Assalamualaikum w.b.t

Hmm...dosa serupa?? Apa yang SERUPA?? DOSA??

Sebenarnya ni tajuk drama malam tadi..selama ni jarang tengok cerekarama sabtu malam, tapi semalam tiba-tiba rasa nak tengok tv..terbuka aa cerita ni..

Sape tengok cerita ni?? Sila angkat tangan..hehe,teringat cara ketua pengawas SPM kat INTEGOMB dulu..

"...Siapa tak faham,sila angkat tangan.." Sebenarnya ayat ni biasa je kan kalau dengar, tapi dah diulang-ulang banyak kali setiap kali bagi arahan..haa,sampai 'announcement' kt asrama pon nak buat jugak macam 2..haha :)

0ops, dah lari tajuk plak..
Haa..ceritanya macam ni. Sinopsis pun boleh la ye..

Najmi (bukan nama sebenar) berkahwin dengan Suraya(lakonan Emelda Rosmila). Tapi, Najmi memang jahat..dah la ada perempuan lain. Dalam masa yang sama, Najmi ni memang tak hormat mak mertua dia sendiri, iaitu ibu kepada Suraya. Memang kurang ajar la..(kalau korg tgk mmg sedih oo cter ni). Mak mertua (lakonan Fauziah Nawi) pun tak sampai hati tengok anaknya,Suraya selalu bertengkar dengan suami. Jadi, dia buat keputusan hendak keluar dari rumah itu dan kembali ke kampung.

Cop, Najmi dan Suraya ada 2 orang anak, seorang lelaki(Saiful) dan seorang perempuan(xingt nama). Dua orang budak kecil ni selalu dengar mak ayah mereka bergaduh. Ayah (Najmi) sanggup ceraikan isterinya. Tapi, tak cerai lagi. Budak-budak ni cadang nak lari rumah sebab tak mahu tinggal bersama dengan Yasmin (perempuan simpanan Najmi).

Dipendekkan cerita, suatu malam ibu Suraya pun keluar rumah tu. Najmi tak benarkan Suraya kejar ibunya.

Najmi: Aku kata xboleh..xboleh aa..
Suraya: Mak saya sakit!!
Najmi: Aku kata xboleh!! Mak kau atau aku??

Ish3..suami ni memang xberhati perut. Haihh,takut aa nak kahwin camni..sume laki camni ke???

Sambung balik cerita, Suraya pun terus kejar ibunya pada malam itu. Hujan lebat. Mak dia tengah sakit. Hari tu, muntah darah. Sebab apa ye??

Ibunya sempat berdoa kepada Allah ketika hujan lebat itu. Lebih kurang begini doanya.

"Ya ALLAH ya Tuhanku,ini jalan yang terbaik yang aku pilih ya ALLAH. Aku tak mahu anakku menderita keranaku ya ALLAH. Aku tak mahu anakku bergaduh dengan suaminya keranaku ya ALLAH..."

Tiba-tiba...
boom!! petir..sebatang pokok tumbang menghempap 2 anak beranak itu..huhu,sedihnya..Innalillahi wainna ilaihi raaji'uun...
Sebenarnya,malam tu juga anak perempuannya meninggal dunia..dia lelah,jadi..Saiful keseorangan lepas itu. Yasmin pun tinggal kat rumah banglo itu.

Saiful mula menderhaka kepada ayahnya, Najmi dan ibu tirinya.

Papa: Kenapa Saiful macam tak suka je ngan aunty Yasmin??
Saiful: Saiful memang benci aunty Yasmin. Dia tak boleh gantikan tempat mama (Suraya)
Papa: Lepas ni, papa nak Saiful cakap baik-baik dengan aunty Yasmin. Dia kan dah jadi mama kamu.
Saiful: Kenapa Saiful nak kena cakap baik2 ngan dia?? Lagipun, papa dulu buat macam ni kat nenek(mak mertua Najmi). Cikgu Saiful kata orang yang suruh orang lain buat baik tapi diri sendiri tak buat macam ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dia sendiri jalan senget..(betul ke peribahasa nih??)

Ditakdirkan, ayah Saiful (Najmi) kemalangan dan lumpuh. Sejak itu, Yasmin melayan suaminya dengan buruk. Suami sakit dibiarkan terlantar di katil. Pada masa yang sama, dia membawa lelaki lain masuk ke rumah dan berseronok. Nauzubillahi min dzaalik..

Bertahun-tahun Saiful tak datang jenguk ayahnya sehingga ayahnya meninggal dunia. Yasmin pula menghidap HIV (sebab bergaul dengan lelaki lain).

Pada usia tua, Saiful (si anak) mula menyesali tindakannya. Dia menghidap kanser dan menjalani kemoterapi beberapa kali hingga keguguran rambut. Nasib baik ada seorang sahabat di hospital itu yang menasihatinya.

Saiful: Dulu saya menderhaka kepada ayah saya. Sebab dialah ibu dan nenek meninggal dunia. Saya tak dapat maafkan dia. Adik perempuan saya pun meninggal dunia akibat lelah. Dia tak dapat berjauhan dengan ibu. Isk3. Mungkin inilah balasan anak derhaka. Saya terima balasan seperti ayah saya. Disebabkan DOSA SERUPA. Menderhaka..

Sahabat: Ingat pada Allah,Saiful. ALLAH itu Maha Pengampun. KeampunanNya melebihi kemurkaanNya. Ambil ni (Yasin)

*****************
Kesimpulannya, JADILAH ANAK YANG SOLEH serta ISTERI atau SUAMI yang juga SOLEH DAN SOLEHAH..
Sesungguhnya KEREDHAAN ALLAH TERLETAK PADA KEREDHAAN IBU BAPA.
ANAK SOLEH sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa sama ada masih hidup mahupun sudah meninggal dunia..