25 November 2011

ya 'Ammu, uskut!




Ada suatu malam lepas, aku bergegas ke Teratak Iskandar PCI kat Sporting. Ada mesyuarat. Kami berlima pun berpakat nak berkumpul di persimpangan Syari' Dabas dan Syari' Port Said. Nak naik teksi. err..kantoi takde musyrifkalau ada musyrif tak muat teksi. musyrif nak duduk mana kan? atas bumbung? dalam bonet? tapi inshaAllah tak buat lagi -.-" 

Dipendekkan cerita, suasana malam tu sangat sangat meriah. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba, terdengar lagu Asma' Allah nyanyian Sami Yusuf. Satu kawasan tu bergema dengan lagu ni. Hati rasa tenang sangat sangat. Seriously. Sampai terlupa ada mesyuarat.

[Tiba-tiba teringat Jalan TAR, Jalan Chow Kit dll kat KL...agak agak macam ni jugak ke? *sigh]

Emm, cerita tak habis sampai situ. Kemudian, ada pula bunyi bising-bising kat Syari' Dabas. Salah satu lorong belakang rumah. Muzik yang dipasang kuat sangat. Yang ni memang nak pecah eardrum kot. Sabar je lah. 

Terdetik dalam hati, "Malam ni ada apa sebenarnya?"

jeng3...

Rupa-rupanya, ada orang arab kahwin! Ooh..padan la, meriah bebeno. Dan aku adalah antara orang yang excited masa tu. Sebabnya, masa tahun satu tinggal di asrama MARA. Tak pernah rasa benda-benda macam ni. Agak jakun la.

Siap ada mercun setinggi bangunan apartment...kalau silap target, habis masuk rumah orang..niaya2..nasib baik rumah aku dur awwal (tingkat 1). 

Cuma, rumah ni betul betul depan tram (sejenis keretapi ala ala KTM yang kalau orang jalan kaki lagi laju). Asal tram lalu, memang bergegar la satu rumah. Seriously. 



Disebabkan kebelakangan ni banyak pak arab yang menikah kat kawasan Gam'ah ni...memang payah la nak study. Sangat sangat mengganggu ketenteraman awam *emo. Rasa macam zaman P. Ramlee dalam cerita 'Seniman Bujang Lapok'. Part "dia bunyi lagi !!!" 

Sumbat kapas dalam telinga.





"ya Salam...kalau orang Arab ni kawen, macam nak bagitahu satu dunia" 
Barakallah lahuma wabaraka 'alaihuma wajama bainahuma fi kheir

 
 Meriah dengan lampu lip lap

Syari' Dabas

Nota kaki 1 - post ni ditulis untuk sesape yang teringin sangat nak tengok pak arab kawen :)
Nota kaki 2 - sila jaga keharmonian jiran tetangga.
Nota kaki 3 - barangsiapa yang dah sampai seru nak menikah, jangan lambat lambat. Dan jangan lupa jemput makan nasi minyak ye ^_^
Nota kaki 4 - Say Alhamdulillah 'ala kulli hal...exam module 8 dah habis! [soalan agak susah] Bismillahi tawakkaltu 'alallah.

9 comments:

  1. Allahu Akbar..jgn la rkyat Msia kwin buat mcm ni..

    Karang asal niat nak gi knduri kwin jd pecah kpla plak org

    :) Syukran Nabilah

    ReplyDelete
  2. Pecah kelapa? kepala?
    Pecah eardrum la!!

    hehe..macam thaipusam oo..mentang mentang aku tinggal kat batu caves.cehh

    'afwan :D

    ReplyDelete
  3. tak guna mushrif? heh. bagus. sungguh.

    gua sejak duduk alex ni memang selalu sangat laa ada orang kahwin. ala diorang pun nak kahwin jugak, apa jeles?

    tengok cerita hantu kena tekap muka dengan bantal time jerit. kalau tak jadi macam orang tu sampai tuan rumah naik ketuk ketuk pintu.

    dan kalau nak menikah jangan lupa ajak satu batch. gua tak sabar nak makan freen.

    dan. module 8 exam. macam haram.

    ReplyDelete
  4. Akhirnya...dpt pun follow..
    Nabilah..
    that song is exremely nice.. title?
    (cewah..speaking...meraikan MUET yg dibubarkan)

    p/s :
    suka nota kaki 1 & 3 ;D
    tp x nak kahwin awal lg eaa..

    ReplyDelete
  5. salam..
    ohh time nie la kami nampak nabilah dengan mira suma tersepit celah2 pak arab kat depan alex market tuh kan. hehe.. :)

    betul2.. main mercun tepi2 rumah.. nasib baik tak masuk rumah.. haishh

    nota kaki 3.. bila kendurinya?! ajak satu batch naa.. nak makan free.. boleh tengok pengantin!! ;)

    ReplyDelete
  6. ImanAzlan:

    err..kantoi kantoi.bukan tak nak guna.

    jeles? huh...musy mumkin. emo sebab diorg bising sangat je.

    hha..tau takpe. habis mengamuk big mama. musykilah awi.

    setuju2! boleh makan free. exam -.-" speechless.

    Akira a.k.a Yana :

    haha...tahniah2!! tu lagu Sami Yusuf - Asma' Allah :)
    yana, aku rase macam dah tulis tajuk lagu tu -.-"

    ehem. nak menikah nnti jangan lupe satu batch excell9. heh. nnti tup2 dapat tau dah beranak satu. macam ansarudin.

    shazwani saari :

    wa'alaikumussalam :) yep2.time ni nampak korang kt tepi tingkap. excited semuanya.haha.

    pastu kan diorg main mercun kat syari' port said..dekat kot dengan rumah korang. dahsyat sungguh.

    kenduri aku ke? err..lambat lagi kot.calon pon takde lagi.
    kan dah janji masa malam KAMI [mara] tak buleh awal awal. walid pun tak galakkan. ish3..study dulu.heh.inshaAllah semua dijemput hadir.cewahh..

    arghh..geli aa cakap psal nih!
    umur baru 19tahun -.-"

    TAMBAHAN nota kaki 3: sesape nak menikah nnti, jgn lupe jmput satu batch. buleh makan free!
    lagi satu, buleh sambut ramai ramai kat alex. buat majlis keraian pengantin baru. macam dulu dulu ^_^

    ReplyDelete
  7. EHEM EHEMMMMMM WHO WERE YOU TALKING ABOUT HAAA? CAPSLOCK SIAPPPP. hahaha. korang ni saje je kannn.
    nabilah, aku suke gak lagu ni. tajuk die ape? rumah aku haritu ade org pasang khemah. ingatkan nak kahwin, rupenye ade orang meninggal. innalillah.

    ReplyDelete
  8. atiqah sahmah: kau agak agak sape? hehe..big mama korang mngamuk lagi ke? tu la. tgk lagi cerita hantu.

    ni lagu sami yusuf - asma' Allah ^_^

    emm.innalillahi wainna ilaihi raaji'uun. biase la tu. possibility pasang khemah tu samada orang kawen @ ade org meninggal dunia.
    teringat ustz jo [ktt] cter dulu dulu.

    ReplyDelete

Write a comment...