16 November 2010

SALAM PERANTAUAN

MATA HATI MELIHAT MESIR

Hari-hari yang dilalui sepanjang berada di Mesir memang menguji kesabaran hati dan mengajar erti hidup. 

Pagi bergegas ke Mouwassah - Kuliyyah Tib naik teksi. Nak 'deal' dengan pakcik teksi Arab. 4-5 geneh. 

"Talatah geneh (3) mumkin ?? " agak mustahil kot. 

Sebelah petangnya pula bergegas pulang ke Asrama MARA. Lagi-lagi kalau kelas habis pukul 4 petang. Itupun kalau habis 'on-time' la. Solat Asar di masjid berdekatan bangunan Moussah. Naik tram. 15-20 minit berjalan ke mahattah tram. Bila dah naik, 20 minit lagi nak tunggu sampai Mahattah Raml (Raml Station). 25 irsy bas. 

Menarik pasal tram ni : 
-25 irsy (sen) tak kisah berapa jarak destinasi....jauh ke dekat...harga sama je :)
-kalau tram bergerak/berhenti, jalan kaki lagi laju sebenarnya!

Dalam perjalanan balik ke asrama, jarang kot naik teksi. Jimat ? hehe...saving kot naik tram...exercise + tambah stamina ! Lagi pun malas nak 'deal' ngan pakcik teksi -.-"


Namun, di sebalik itu banyak juga benda lebih baik boleh kita dapati di Mesir. 

1. Ukhwah ! 

2. Ilmu - tafaquh, hafazan, talaqqi dll.

3. Solat awal waktu. Ada je kat tepi jalan, tepi stesen tram sampai kat lorong-lorong pon ada.

4. Banyak ulama' - produk Mesir.

5. Senang je nak boikot KFC, McD dll  - banyak kedai jual pizza, roti arab + ayam/daging (cth: syawirma, firakh banih)


*************************


SALAM AIDILADHA kepada sahabat di Alexandria, Cairo, Jordan, mahu pun di tanah air.
Kullu sanah wentu bikhoir :)


[EDITED]

Kenapa ramai sangat cari alamat asrama MARA? 
Nak pos barang ke?

Tulis emel kat comment box. Nanti saya emelkan inshaAllah :)

Tapi kalau nak pos barang, selalunya pak arab minta upah mahal. 
Better tak payah la hantar. 
InshaAllah takde kicap, sos cili macam Malaysia pun, boleh je survive  ^^