Ini entry terakhir kot
Mungkin inilah entry terakhir sebelum mula kuliah esok.inshaAllah. Entry ini ditulis dalam bahasa buku. Harap maklum. Kalau rajin baca. Kalau tak mahu, sila tekan tanda 'X' di mana-mana sudut yang ada. Syukran. Aha...takde la. Jangan percaya itu semua. Penulis sedang tensi. Abaikan.
Kenapa entry terakhir? Sebab nak fokus belajar dan ada sedikit masalah dalaman -.-" hewhewhew
Doakan penulis menjadi seorang yang istiqamah, anak yang solehah, dan muslimah segagah Khaulah al-Azwar, dan dukturah yang mumtazah. InshaAllah.
"Tolibat Malizia musykilat awi awi"
Kedengaran suara itu berulang lagi. Ah, pasti Ustazah Syaima' sudah bosan. Pelajar Malaysia sangat sangat bermasalah, katanya. Rata-rata pelajar Melayu di Iskandariah yang menghadiri kelas intensif Bahasa Arab di Misturk, Syari' Saad Zaghloul, selalu sangat datang lewat. Janji melayu = janji pak arab ?
Bukan itu sahaja. Setiap kali cuti penggal musim panas, pasti ramai dalam kalangan kami yang mahu pulang ke Malaysia berhari raya di kampung halaman. Bersama ahli keluarga tersayang ♥
Dan pastinya, buku Bahasa Arab itu 'ter' tinggal di Mesir. Oh, tidak! Memang sengaja ditinggalkan. Akibatnya, ilmu tu dah 'berkarat' dalam kepala apabila kami pulang semula ke Mesir.
Musykilah awi awi -________-
Al kisah, sudah hampir setahun kami belajar di situ. Sambil sambil membahagi masa mempelajari ilmu perubatan yang amat amat memeningkan urat saraf.
[Esok mula belajar tajuk CNS = Central Nervous System. Praktis.]
Rasa agak nervous. Kata senior, tajuk ni agak mencabar.
Allahu Allah.
Mampukah aku?
Sebabnya, kalau sehari tak ulang apa yang dipelajari di dalam dewan kuliah, sudah tentu esok terpinga-pinga apabila profesor mengulang topik sebelum itu. Jadi, anda dinasihatkan untuk mengulangkaji tajuk hari ini, dan baca sepintas lalu apa yang bakal dipelajari pada hari esok. Fahimtum?
"Ya Musykilat..."
Alhamdulillah. Tadi dapat keputusan imtihan nisf mustawa rabi' (ujian pertengahan level 4). Dapat fullmark! Macam tak percaya. Sebab baca buku last minute. Rezeki Allah nak bagi. Syukrulillah. Semua ni ilmu Allah. Dok buleh riya', takabur! Astaghfirullah.

"Katakanlah (wahai Muhammad) kalaulah LAUT itu dijadikan tinta untuk menulis kalam-kalam Tuhanku, nescaya akan habislah lautan itu, sebelum habis (penulisan) kalam Tuhanku, walaupun kami datangkan tambahan sebanyak itu pula " (Al-Kahfi : 109)
Allahu akbar, dakwat pen yg sedikit ni pun tak habis habis lagi selepas belajar Modul 8, apatah lagi air lautan yang luas itu. Terlalu sedikit ilmuku ini. Maha luas ilmu Allah Taala. Allahu Akbar. Subhanallah.
العلم نور ونور الله لا يهدى للعاصى
"Ilmu itu ibarat cahaya, dan cahaya Allah tidak diberi kepada orang yang melakukan maksiat."Tak pasti ^ atas ni hadis Nabi atau sekadar kata-kata hukama'. Sesiapa yang tahu, bolehlah berkongsi ilmu.
Muhasabah. Sekadar itu sahaja perkongsian kali ini. Wallahu a'lam.
Nota kaki 1 - Sila datang awal ke kelas. Be a productive muslim.
Nota kaki 2 - Hormatilah cikgu/ guru/ ustaz/ ustazah/ sheikh/ ulama' dsb. Kadang-kadang kita tak tahu perbuatan kita boleh melukakan hati seseorang.
Nota kaki 3 - Amalkan surah al-Kahfi setiap hari Jumaat. InshaAllah banyak fadhilatnya.
Nota kaki 4 - All the best. Next module - CNS. Study hard, study smart!
اللهم اجعلنا من الناجحين والفائزين في الدنيا والاخرة