Sepanjang lima tahun di sini, memang banyak perkara yang berlaku, yang tak semua orang tahu dan aku pula tak rasa nak bercerita tentangnya.
Masing-masing punya cerita & pengalaman sendiri.
Bagaimana berhadapan dengan kerenah dan birokrasi orang Arab semua tu tak usah diceritakan.
Walau apapun, aku tak rasa menyesal bila Allah campakkan aku ke sini. Banyak benda basic dalam hidup ni aku belajar. Iye lah..kawan-kawan semua bermacam latar belakang dan fe'el.
Di sinilah aku belajar erti sabar. Sabar dengan kerenah kawan-kawan, orang arab, dsb. Sabar dengan masalah/ musibah yang berlaku. Sabar dalam menuntut ilmu.
Teringat salah seorang ustaz yang pernah mengajar kelas tafaquh (setiap hari Khamis), semasa dibacakan kitab Riyaadus-solihin bab 'SABAR'.
The essence from this chapter; kita kena sabar dalam 3 perkara:-
1. Sabar apabila ditimpa musibah @ dalam keadaan marah
2. Sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah
3. Sabar dalam menjauhkan diri daripada maksiat
Hee..sedar tak sedar, lagi setahun saja aku bakal tinggalkan bumi Anbiya' ini..itupun Wallahu'alam.. selagi masih bernafas.
InshaAllah akan graduate hujung tahun hadapan. Moga dipermudahkan. Doakan ya!
^ Jadi, apa azam baru?
.
.
.
Rahsia! :)
![]() |
"The Happiest people DO NOT necessarily have the BEST THINGS. They simply APPRECIATE the things they have." - Warren Buffet