Showing posts with label madah. Show all posts
Showing posts with label madah. Show all posts

16 November 2010

SALAM PERANTAUAN

MATA HATI MELIHAT MESIR

Hari-hari yang dilalui sepanjang berada di Mesir memang menguji kesabaran hati dan mengajar erti hidup. 

Pagi bergegas ke Mouwassah - Kuliyyah Tib naik teksi. Nak 'deal' dengan pakcik teksi Arab. 4-5 geneh. 

"Talatah geneh (3) mumkin ?? " agak mustahil kot. 

Sebelah petangnya pula bergegas pulang ke Asrama MARA. Lagi-lagi kalau kelas habis pukul 4 petang. Itupun kalau habis 'on-time' la. Solat Asar di masjid berdekatan bangunan Moussah. Naik tram. 15-20 minit berjalan ke mahattah tram. Bila dah naik, 20 minit lagi nak tunggu sampai Mahattah Raml (Raml Station). 25 irsy bas. 

Menarik pasal tram ni : 
-25 irsy (sen) tak kisah berapa jarak destinasi....jauh ke dekat...harga sama je :)
-kalau tram bergerak/berhenti, jalan kaki lagi laju sebenarnya!

Dalam perjalanan balik ke asrama, jarang kot naik teksi. Jimat ? hehe...saving kot naik tram...exercise + tambah stamina ! Lagi pun malas nak 'deal' ngan pakcik teksi -.-"


Namun, di sebalik itu banyak juga benda lebih baik boleh kita dapati di Mesir. 

1. Ukhwah ! 

2. Ilmu - tafaquh, hafazan, talaqqi dll.

3. Solat awal waktu. Ada je kat tepi jalan, tepi stesen tram sampai kat lorong-lorong pon ada.

4. Banyak ulama' - produk Mesir.

5. Senang je nak boikot KFC, McD dll  - banyak kedai jual pizza, roti arab + ayam/daging (cth: syawirma, firakh banih)


*************************


SALAM AIDILADHA kepada sahabat di Alexandria, Cairo, Jordan, mahu pun di tanah air.
Kullu sanah wentu bikhoir :)


[EDITED]

Kenapa ramai sangat cari alamat asrama MARA? 
Nak pos barang ke?

Tulis emel kat comment box. Nanti saya emelkan inshaAllah :)

Tapi kalau nak pos barang, selalunya pak arab minta upah mahal. 
Better tak payah la hantar. 
InshaAllah takde kicap, sos cili macam Malaysia pun, boleh je survive  ^^

12 August 2010

KTT DLM KENANGAN

"SAHABAT..
Andai hari ini aku terlalu gembira, 
sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah..
Andai ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta..
Andai ku lemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga..
Andai antara kita ada tembok yang memisahkan, 
ajaklah aku meleraikan segera.."

--FLASHBACK--
Rindunya..tunggu kat bus stand awal pagi 7.30
pagi2 sume rushing nak siap2
walhal ade je trip 8.30 pagi
awal2 dulu sume skema kot..

BEITI GANNATI..gamil awi!

rehlah fi bagan lalang =)
Rombongan ke Melaka; Zoo Melaka, rumah Faisal, Dataran Pahlawan & Kota A'Famosa

Hari Sukan KiTT
group mawar wardah (rumah 11) vs rumah 18

p/s: ikhwah akhawat bergaduh kerana sebijik hamper

Rehlah fi Kalumpang

BBQ di rumah 23..helwah awi !

pan pacific hotel - graduation day 4/8

Alhamdulillah..kami dah 'grad' walaupun 3 bulan sahaja di KTT sebabnya nak tunggu lagi 6 tahun kot kalau nak grad betul2..hehe

BTN 5/8-9/8 di Pasir Salak Resort
macam budak sekolah =)

***AKHIR KALAM***

kadang mata salah memandang, kadang mulut salah mengucap, 
kadang hati salah menilai...selama sinaran hati masih bersinar, 
ku mohon maaf andai tersilap bicara, terkasar bahasa, terkhilaf dlm segalanya...agar kita bisa bersih dalam menyambut bulan suci ramadhan. 

~MAAF ZAHIR BATIN~
"MARHABAN YA RAMADHAN"