13 December 2011

KARAT

Malam ni aku tidur lewat!
Stay up kononnya.
Ni semua gara gara dah dapat jadual exam -_____-
Cuak. Nervous. Stress.
Menyebabkan mata aku agak celik malam ni. Angkara Adrenaline kah? 
Tak pernah dibuat zaman sekolah. Seriously.
Kalau dulu dulu,
asal nak pergi bilik bacaan, nak join sahabat sahabat berjaga malam, 
bersengkang mata, buat homework, buat lab report, dll.
Memang tak berkesan pun T.T
Aku bukan geng stay up lah senang cerita.
Mungkin sebab tak suka minum kopi.
[kopi banyak kandungan caffein untuk penyegar mata kuyu]
Natijahnya, 
aku memang kena study masa prep malam,
tak pun, hujung minggu duduk sorang sorang bertapa dalam kelas.


Al-kisah, 
sebenarnya nak cerita pasal MP3 kesayangan aku ni.
Dah hilang masa aku pergi Matrouh semester lepas T.T
Masa aku layan ombak rindu tepi Laut Mediterranean.
Aku syak kena curi. Tapi takpe lah.
Pasrah.
Mp3 tu warna merah. Ada lampu lip lap.
Sayang sangat sangat sebab mak yang belikan. 
Sampai bawa tidur sekali. 
Sumbat telinga.
Bila terjaga, selalu juga terbelit dengan wayar earphone -.-''

Biarlah.
Itu semua kisah lama.
Zaman sekarang orang tak main dah MP3 ni.
Zaman siber ni, budak budak suka gadget canggih, moden, high class.


Ah. Tak kisah la.
Sebabnya, mp3 ini lah peneman aku masa dekat pi.el.kay.en. dulu.
Sebab henset, jurulatih suka sorok. 
Hujung minggu baru dapat.
Disebabkan semua orang kebosanan, 
ada beberapa orang cuba minta nak pinjam mp3 aku ni.
Ok. No problem. 
Aku bukan tak mahu bagi, tapi...


"Nak dengar? Dalam ni semua lagu nasyid je tau. Nah, ambillah."


Haha..tiba-tiba aku rasa kelakar.
Bila aku sebut lagu nasyid je ada dalam tu,
terus tak jadi pinjam!
Alahai.


Aku tak kisah. Sebab aku boleh sambung layan nasyid :D




*************************************************

Tapi, 
Dulu aku ada terbaca kata-kata seorang hamba Allah. 
Tak ingat siapa.
Pasal sumbat sumbat telinga la.
Bukan sebab banyak tahi telinga. Tapi ni kes menyumbat telinga.
Ada paham?
Jadinya, ada satu persoalan yang buat aku terfikir.


Pernah kita sedar,
Kita ni jenis suka sumbat telinga, 
setiap masa nak pakai earphone/ headphone/ speaker besar pun kira sama lah.


Kita suka dengar lagu-lagu lagho,
lagu yang tak ada mesej sampai pada Allah,
lagu yang tak buat hati kita tenang dengar asma' Allah,
lagu yang tak mampu buat hati kita bergetar takut pada amaran Allah,


tapi kita suka..
dengar lagu jiwang,
dengar lagu cintan cintun,
dengar lagu yang buat kita lalai seketika, tak ingat dunia.


Sebenarnya, 
kita tak ingat dunia ke tak ingat Allah?


Andai kata, telinga kita memang betul betul 'tersumbat'..
bila pagi subuh tak dengar azan,
bila orang ajak buat baik, tak mahu,
bila orang bagi tazkirah, hati kita keras, hati tak sensitif.
Memanglah tu dalam hati, orang tak tahu.
Tapi Allah tahu, kan?
Kan?


By the way, yang terbaik adalah kita selalu dengar bacaan ayat al-Quran.
Even kita tak faham makna.
Hati kita akan rasa aman, damai, berkat, harmoni, sejahtera, sentosa. 
Ah.
Senang cerita kita rasa tenteram. Biiznillah.
Sebabnya, hati yang asyik dibuai kelalaian semakin lama akan berkarat seperti karatnya besi apabila terkena air. Maka, buanglah 'karat' itu dengan bacaan al-Quran dan mengingati mati (",)
Wallahu a'lam.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ^ sorry pasal gua delete yg sebelum ni.

    tapi takpelah.

    doadoakan gua.

    gua pun selalu sangat denga lagu lagho. gua cuba la kurang kurang kan skang ni. sampai bila la nak lagho je kan.

    dan bila lu dengar ayat quran, lepas lu dah faham bahasa arab ni, even yg arab on radio tepi tepi jalan tu pun boleh buat lu menangis.

    oh btw, gua bersimpati dengan mp3 lu. ipod gua hilang jugak setelah setahun lebih bersama gua. gua tak ingat gua letak mana, mungkin terjatuh masa gua jogging. takpe lah, Allah taknak bagi kita lagho sangat la tu.

    ReplyDelete
  3. terima kasih. aku takde mp3. henpon aku boleh gak dengar lagu. tapi aku baru perasan yang satu pun lagu nasyid aku takde. kau ingatkan aku.

    ReplyDelete
  4. dulu zaman sekolah memang tak tahu banyak pasal lagu nasyeed..uhuk~
    pastu upgrade skit, lagu sami yusuf dgn maher zain..
    lama2 bila datang sini, alhamdulillah dapat jugak cari hiburan yg mengigatkan kita kearahNya.. kawan-kawan sini hebat2.. :)

    (tapi kena jugak kurangkan lagu korea, english semua tuh..-.-"
    *p/s : tak pernah ada mp3/mp4/ipod dan seangkatan dgnnya.. cukup lah ada handset nie. hehe

    ReplyDelete
  5. ooh..ye ke.
    maybe aku terpengaruh dengan sorang kawan ni. dia memang peminat setia nasyid ikim fm. tak pernah aku jumpa orang macam tu selain dia. setakat ni la. hha.

    tapi, kalau lagu english macam lagu talib al-habib, maher zain, irfan makki, sami yusuf, etc..takde masalah. iA :)

    ReplyDelete

Write a comment...