20 January 2012

Lagi lagi isu musyrif

^ Musyrif. Musyrif. Musyrif.
Come on la brader.
Bosan kot.
Asyik asyik isu musyrif.


Apa masalah sebenarnya ni?
Baru baru ni ada satu luahan hati musyrif kepada gadis-gadis akhawat Iskandariah. Eh, pagi tadi kalau tak silap. Dua isu je yang timbul.
1. Call musyrif lewat tengah malam. 
2. Call musyrif on the spot.
Oh tidak. Hagah basitoh. Benda nampak remeh, kan?
Cuma ayat itu sangat makan dalam.
Agak tak patut lah bila akhowat dituduh 'gedik' sebab nak guna musyrif.
Aku tak faham istilah gedik tu macam mana sebenarnya -______-
Hmm..musykilah awi.


Tapi, tak boleh salahkan musyrif tu pun sebenarnya.
Disebabkan beliau agak berani mengutarakan isi hati musyrif di wall group batch.
Maka, isu ni jadi agak hangat.
Menghangatkan lagi klimaks musim sejuk.
Disebabkan kecelaruan dan salah faham di situ.
Banyaklah bunyi bisik-bisik akhawat.


"Lain kali tak mahu pakai musyrif" [bunyi macam merajuk]
"Ingat kita nak sangat ke guna musyrif?!!"  [ ego? ]
"Ala..nanti musyrif kata kita gedik-gedik pulak"


Ada yang lebih ego [?]. Bajet ada ilmu silat, karate, kungfu, etc
"Tak mahu la menyusahkan orang. Pandai pandai la jaga diri sendiri"


^ Itulah antara luahan hati akhawat yang aku pernah dengar.
Aku? Err..aku pihak berkecuali.
Harap maklum.


Pasaipa jadi lagu ni? 
Mungkin salah satu faktornya adalah 'kerjaya' akhawat Iskandariah.
1. Aktif berpersatuan. 
2. Aktif bermesyuarat.
3. Aktif ber'sharing' @ berusrah @ ber'SC'.
4. Study-minded sebab nak dekat exam. Ada study group pagi petang siang malam.
5. Banyak lagi urusan yang mereka mereka ni tak sempat nak buat waktu siang hari.
Natijahnya, semua aktiviti tu dibuat malam hari.
Seriously memang tak sempat. Kuliah paling lewat habis pukul 4 petang.
Dan dan solat asar, balik rumah. Dah malam. Lagi lagi musim sejuk. Memang waktu siang jadi pendek kot.
Hmm..Alhamdulillah semua buat kerja baik baik. Bukan jenis yang couple dating malam malam pergi St. Stefano, Green Plaza, etc etc.


Jadi, agak tak patutlah musyrif nak hentam akhawat macam tu je. Apa ni bro? Better guna kata-kata berhikmah sikit. Hati akhawat ni sensitif kot. Even bukan diri sendiri yang kena hentam. Hmm..Kita pun faham musyrif tu manusia. Bukan robot. Tapi ada betulnya dia cakap. Ok fine. 
'Ala kulli hal, akhawat patut lebih peka dengan masa. Jangan panggil last minute. Memang la hangin satu badan musyrif tu. 
Whoa! Ingatan untuk diri sendiri jugak. Sebab tu jarang guna musyrif. Sebab tak suka keluar malam. Melainkan ada urusan yang memang tak boleh dielakkan. Kalau boleh memang nak settlekan siang siang pun inshaAllah.


Bagus jugak kalau ada yang offer nak jadi musyrif. Haha. Ok memain je. Guna musyrif rumah sebelah lagi senang. inshaAllah kheir. 
Dah nak exam pun nak gaduh gaduh. Ok lah. Kosong-kosong ehh musyrif Iskandariah.
Syukran atas keprihatinan dan penat lelah anda semua. Rabbuna yusahhil.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Write a comment...