Al-kisah, ramai sahabat yang datang berkunjung ke rumah
Belajar anatomy, histology sama-sama.
Belajar fisiologi - buat semua gaya gait yang ada. Ataxia gait, wide base gait, stamping gait, apa lagi ye. Tak ingat. Yang pasti shuffling pun ada! Haha.
Tengah seronok seronok study. Tiba-tiba, ada ringtone sahabat aku ni berbunyi. Panggilan daripada seorang ikhwah. Sibuk nak tanya apa jenis soalan praktikal yang akan keluar esok. Mamat ni selalu jugalah call akhawat ni. Takde benda penting pun.
Kebetulan line telefon di rumah kami tak berapa jelas malam tu. Aku tensi tengok kenapa mamat tu call banyak kali. Macam 'ammu Arab je aku rasa. Sikit sikit nak call sebab si penerima dah tekan butang reject berjuta kali. Aku tensi. Kacau orang study. Dia pun tak tahan dan suruh aku je cakap kat mamat tu.
Jeng jeng jeng. Aku apa lagi? Aku sound lah.
"Kenapa call? Soalan spot praktikal esok ada tulis kat wall group fb kot. Cubalah cari."
Mamat ni masih tak puas hati. Dia nak tahu masa tu juga. Aisehh..ngada-ngada lah.
"Kau pergi la tanya ahli beit kau terus. Apahal selalu sangat call *minah ni ?? Kan boleh tanya kawan kau sendiri...ahli beit kau ke? Mesti diorang tahu."
"Eh, ni siapa?????" mamat yang kebingungan bertanya.
"Aku la. Apa hal ni?"
"....." senyap terus. "Oh...ok lah. bye." Panggilan dimatikan.
lol.
"Pehh..berani kau cakap macam tu. Salute."
"Biar mamat tu sedar sikit."
"Betul jugak. Haha kenapa dia selalu call kau?"
Haha.
Kantoi kantoi.
*********************************************
Sebenarnya, benda ni common la kan. Berlaku di mana-mana.
Berlaku pada siapa-siapa pun. Fitrah lelaki tertarik pada wanita. Dan sebaliknya.
Cinta itu fitrah, jangan jadikan ia fitnah.
Pernah satu ketika dulu. Ada dalam dua tiga orang akhawat yang konfius. Nasib baik tak putus fius.
Kenapa?
Ni kes mamat yang suka 'like' semua jenis wallpost Facebook yang ada. Tak kiralah post depa bersembang antara adik-beradik, anak-beranak, cucu tokwan pon dia berani like. Apa kes ni bro? Tak faham aku. Kalau sekali dua, mungkin dia tak kisah. Ini dah kerap kali. Nasib baik cik adik manis tu tak hanyut dibuai perasaan. Perasaan yang tak pasti!
Hmm..
Kalau benar cinta, mesti mahu bersama ke syurgaNya.
Jangan kerana cinta, terhumban jauh ke dalam neraka.
[Umum] Minta tolong sangat sangat wahai ikhwah. Jangan buat sedemikian pada akhawat. Susah tau nak jaga hati.
Jangan tanya siapa. Cuma mengharap ada yang terbaca. Dan saling mengingatkan. Remember. Ilmu itu cahaya Allah, dan cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang membuat maksiat.
Banyakkan istighfar.
Jangan tanya siapa. Cuma mengharap ada yang terbaca. Dan saling mengingatkan. Remember. Ilmu itu cahaya Allah, dan cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang membuat maksiat.
Banyakkan istighfar.
# Entry ni agak sensitif bagi yang makan cili berkati-kati -_____-
Kena ingat kalau kita jaga aib orang, Allah akan jaga aib kita.
Wallahu a'lam.
betul. betul.
ReplyDeleteaku sokong seruan kau tu thdp para ikhwah.
sebab aku akui. aku pn kdg2 hati mudah terusik.
hurm.bahaya~
siapa la si mamat tuh..... kalau daun btul mlm2 study...
ReplyDeleteeheh...mana boleh sebut kat sini. nanti kantoi satu Iskandariah. InshaAllah kita tak tahu esok lusa dia berubah :)
ReplyDeletejannah: kak nab, saye terase..huhu..
ReplyDelete(sbb kdg2 sye pn suke like org nyr gak,)
cmne kalau sye buat tu bkn ats dsr suke org tu?