Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

19 December 2011

OHANA

"Ohana means family. Family means nobody gets left behind or forgotten"
- Lilo & Stitch -
Ohana. Family. Usrah.
Tiga kata paling menyentuh. 
Paling bermakna.
Sebab orang yang kehilangan ahli keluarga,
mak ayah dah meninggal dunia,
hidup sebatang kara,
mereka ni lebih faham makna sebenar 'ohana'.


Dan aku salah seorang yang pernah merasa kehilangan itu.


Memang susah nak pujuk hati. Itu aku akui.
Bukan mudah. Nak terima qada' dan qadar Allah. 
Tapi arwah pernah pesan pada kami,
Kalau dia dah tak ada suatu hari nanti,
Selalu doakan dia dan sedekah al-Fatihah,
Jadi anak solehah.



إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث :
 صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو ولد صالح يدعو له

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan, atau anak soleh yang mendoakannya” 
[Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].
Allahu Allah.
Mudah sangat lacrimal sac nak merembeskan cecairnya.
T.T
Kita mengaku kita beriman. 
Sebab tu Allah nak uji kita dengan something. 
Allah tarik nyawa orang yang kita paling sayang.


Hati kena banyak bersabar, 
Yakin qada' qadar,
Bersangka baik pada Allah.


Allah bebankan kita dengan ujian, 
sebab Dia tahu kita mampu tanggung musibah.
[Rujuk Surah al-Baqarah, 2 : 286]


Al-kisah, 
Rumah teres 2 tingkat itu arwah ayah baru siap renovate.
Dan kalau tak silap. 
Bumbung rumah tu macam bentuk bumbung rumah minangkabau.
Pada bumbung itu. 
Aku ingat lagi. 
Arwah yang lakarkan tulisan khat tu sendiri.
Dulu masa kecik kecik, arwah yang ajar kami menulis khat cantik cantik.
Dan lakaran ayat al-Quran itu sangat indah.
Sebab yang buat lakaran tu arwah ayah.
Subhanallah!


Firman Allah SWT:

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah ahli keluargamu daripada azab api neraka..."
[Surah at-Tahrim, 66 : 6]


Cuba lihat pada tafsir. Sambungan ayat AQ itu Allah sebut, bahan bakar api neraka itu adalah manusia dan batu.
Na'udzubillah min dzaalik.

Adik adik kakak kakak sekalian.
Terutamanya yang hidup berpersatuan.
Yang bergerak dalam gerak kerja dakwah.
Yang sibuk berkejar sini sana menghidupkan usrah.

Kita sedar atau tidak.
Dalam hidup kita sehari hari sebagai housemates, classmates etc
Kalau kita nampak sahabat kita hanyut,
kita usaha sedaya upaya tarik balik.
Eventhough nak tegur rasa cuak.
Kita cuba ajak dia buat benda baik.
Kita tak jemu. 
Kita cuba sehabis baik.

Tapi, tapi dan tapi
macam mana dengan famili kita?
Atuk, nenek, mak, ayah kita..
Adik adik kita..abang kakak kita..

Pernah kita tegur bila..
tokwan kita tak solat,
mak ayah kita lewat-lewatkan solat,
abang kita tak pergi solat jumaat,
kakak kita tak tutup aurat,
adik perempuan kita pakai baju sendat,
adik lelaki kita berkepit sini sana dengan awek, tak ingat akhirat.

Wah..ini macam bermadah pujangga.
Ah. Biarlah. 

Tapi, ni realiti kan?
Konsep sama. Macam entry lepas >> Till death do us apart
Takkan nak masuk syurga sorang sorang kan?
Sanggup kita tengok famili kita Allah azab dalam neraka?
Tak takut kalau kita juga ditarik ke dalam neraka?
Bukankah kita berharap ingin berpimpinan tangan 
bersama orang yang kita sayang masuk ke dalam syurga?

Dan bagi seorang lelaki itu, 
sangat banyak tanggungjawab. 
Lagi lagi bab tanggungjawab terhadap perempuan dalam famili dia.

Dia kena jaga ibu dan saudara perempuan dia [yang belum menikah].
Kalau lelaki itu dah menikah, tambah lagi sorang. Isteri dia.
Kalau menikah lagi tiga, bertambah-tambahlah amanah. 
Kalau ada anak perempuan. Lagi la.
Hohoi. Ingat senang ke nak jadi lelaki? 


Berat berat.

Kenapa?
Sebabnya, kalau dia tak tegur semua yang di atas tu.. 
bila mereka tak tutup aurat. Pakai baju sendat
macam sarung nangka.
Berdosakah? Wallahu a'lam. Bukan aku yang menghukum. 
Tapi itu amanah dia!

Dan bagi perempuan itu, mudah nak masuk syurga.
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: 
Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nampak mudah.
Tapi kenapa Nabi sebut wanita ni fitnah dunia.
Kenapa wanita sangat ramai dalam neraka.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

08 December 2011

TILL DEATH DO US APART?

الأخلاء يومئذ بعضهم لبعض عدو إلا المتقين
Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa.  
(Surah az-Zukhruf, ayat 67)
Allahu akbar. 


Kalam Allah tu. Pernah kita terfikir, terdetik dalam hati..kita dan sahabat karib kita saling bermusuhan di akhirat kelak. 
Itu tak kena, ini tak kena.
Masing masing berhujah. Saling bertelagah.


Walhal, masa hidup kat dunia, bukan main 'kamceng'.
Macam belangkas. Ke hulu ke hilir.
Pergi kuliah sama sama.
Study sama sama. 
Tengok muvi sama sama.
Nyanyi lagu rap nasyid sama sama.
Makan sepinggan, minum secawan.
Tidur sekatil.
Tak boleh nak berpisah langsung.
Musykilah awi.

Tapi kenapa? 
Kenapa bila sampai perhitungan kelak, kita bermusuhan?
Masa tu, semua saling mempertikai. 
Saling menyalahkan.


Boleh jadi salah satu sebab kita tak pernah tegur sahabat kita.
Tak pernah tegur ahli beit a.k.a housemates kita. 


Kita tak tegur, bila dia tak solat.
Kita tak tegur, bila dia lewat-lewatkan solat.
Kita tak tegur, bila dia tinggalkan solat jumaat.
Kita tak tegur, bila dia tak tutup aurat. Pakai sendat sendat.
Kita tak tegur, bila dia mengumpat.
Kita tak tegur, bila dia ber'couple'. 
Kita tak tegur, bila dia ber'dating' + ber'skype' dengan ajnabi.


Pernah ke kita tegur?
Tak sengaja atau tak berani?


Even cuak nak tegur, pernah kita ajak dia buat kebaikan? 


Jom pergi tafaquh/ majlis ilmu.
Jom puasa sunat Isnin dan Khamis.
Jom solat sunat. Misalnya.


Tapi,
Kita selalu buat hal kita. Dia buat hal dia.
Aku aku. Kau kau.
Guna pakai konsep "Ada aku kisah" -_________-


Astaghfirullah al-'adzim. 
Itu sangat tidak patut ye kawan kawan.
Cuma, cara kita nak tegur kawan kita, biar kena caranya.
Kadang-kadang, action speaks louder than words.
Mungkin selama kita bersahabat, kawan kita cuba untuk berubah.
Dia teringin nak ikut. Dia teringin nak jadi baik. Kita tolong dia.
Even rasa diri sendiri tak baik mana pun. 
Takkan nak masuk syurga sorang sorang kan?


Dan yang paling penting,
bila kita tegur orang. Kita nampak salah orang.
Jangan sampai kita tak nampak salah sendiri.
Banyakkan doa Allah tak tarik balik hidayah kita. Mantapkan iman kita.
Mana tahu suatu hari, kawan kita yang kita rasa paling bermasalah,
dia tu lah yang paling soleh dalam kalangan kita.
Masya Allah.


Jangan jemu jadi baik. Jangan jemu buat baik.
Kredit gambar - tumblr

Nota kaki 1 - Dear sahabat, ahli beit, etc. Tegur je bila aku khilaf..InshaAllah kheir. 
Kalau tak berani depan depan. Boleh bagi mesej via etisalat
Jangan jadi anonymous kalau boleh. heh.
Nota kaki 2 - Biar kita bersahabat sampai syurga. Moga tak bermusuhan di akhirat sana.
Nota kaki 3 - Syukran Aiza sebab share ayat AQ ni. Uhibbuki fillah :)