Showing posts with label powergold. Show all posts
Showing posts with label powergold. Show all posts

26 December 2015

KENAPA PERLU SIMPAN EMAS?



ANDA PILIH YANG MANA ?

Sekiranya anda mempunyai satu peti simpanan di hadapan anda yang hanya boleh dibuka untuk 10 tahun lagi, anda rela menyimpan wang tunai ataupun emas di dalamnya?

Saya pasti yang anda tahu dan yakin dengan jawapan anda.😃





______________________________

Kenapa Perlu Simpan Emas?

Pengenalan
Atas kejahilan manusia, rata-rata tidak menyedari bahawa akar umbi masalah yang dihadapi dunia kini adalah berpunca dari sistem ekonomi konvensional dan matawang fiat yang digunapakai setiap orang di dunia.
Hutang yang kian bertambah, inflasi, pengangguran, kadar faedah yang tinggi, harga yang berterusan meningkat, jurang antara yang kaya dan miskin yang kian luas. Keruntuhan moral di kalangan masyarakat samada muda maupun tua adalah disumbangkan secara langsung oleh sistem ekonomi yang diamalkan dunia kini yang berasaskan RIBA.
Sistem Matawang Fiat? Berkesankah?
Matawang yang kita pakai kini adalah matawang yang tidak bersandarkan kepada apa-apa. Itu sebabnya kenapa kita kian hari memerlukan lebih banyak wang untuk mendapatkan sesuatu. Sebagai contoh kita cuma memerlukan sekeping duit syiling 10 sen untuk mendapatkan sebungkus nasi lemak pada tahun 70’an tetapi memerlukan sepuluh keping duit syiling 10 sen untuk mendapatkan nasi lemak yang sama kini. Ini adalah satu bentuk penindasan.
Nilai wang semakin lama semakin jatuh mengikut masa. 


Kenapa? 

Semua matawang dunia bersandarkan kapada matawang Amerika yang semakin hari semakin jatuh nilainya kerana ia tidak disandarkan kepada apa-apa. Sejauh mana Amerika dapat menampung kedudukan ini sedangkan hutang negara mereka yang bernilai lebih dari USD8 Trillion dan meningkat setiap saat dapat bertahan?

Selama mana kita dapat memberikan hutang kepada sipiutang kalau dia tidak pernah tahu hendak membayarnya?

Dalam masa yang begitu singkat kita dapat melihat kenaikan harga minyak dan emas yang begitu mendadak. 

Apakah sebenarnya yang meningkat? 
Harga emas & minyak naik ataupun nilai matawang kita yang jatuh?


Bila perkara begini terjadi, ianya akan menyebabkan kenaikan barangan dan perkhidmatan yang lain. Kenapa ianya demikian?

Apakah sebab sebenarnya? Inilah apa yang kita perlu tahu atau cari. Penyelesaian untuk semua masalah dunia ini mudah, iaitu simpanlah dinar.

Dinar & Dirham : Matawang Penyelamat Ummah
Pilihan di tangan kita.  
Bertindak atau jadi pemerhati?
Bukan semua sedar dan ambil maklum akan kelebihan simpanan emas. Atau mungkin ada yang ambil maklum tapi belum bertindak untuk menyimpan kerana pelbagai faktor antaranya takut emas dirompak, takut emas hilang, takut rugi, takut emas susut nilai dan lain-lain lagi rasa takut. Oleh itu, buat yang sudah sedar, ambil peluang ini untuk bermula.
Membeli emas bukan semestinya dalam kuantiti yang banyak dan tinggi nilainya. Tetapi emas boleh dibeli secara konsisten dalam kuantiti yang sedikit-sedikit.

JOM CELIK EMAS ! :)


Abu Bakar ibn Abi Maryam melaporkan, bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Akan tiba suatu zaman, di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan."  
(Hadith riwayat Imam Ahmad bin Hanbal)




Follow me @
Facebook : Nabilah Yunus
Instagram : @nabilahgold