27 August 2012

Notti girl (pt 2)

Ayat-ayat suci al-Quran bergema di segenap ruang kelas tahfiz itu. Masing-masing bersemangat menghafaz potongan ayat yang disuruh oleh ustaz. Ada yang membaca potongan ayat berulang kali. Ada yang membaca sambil mengingat. Dengan suara yang rendah mahupun tinggi. 

Di situlah aku mula mengenal dan menghafaz ayat-ayat chenta Allah SWT yang tidak kuketahui maknanya. Bermula dengan juz 'amma (juz 30) dan surah-surah pendek. Kemudian, beralih pula ke surah al-Baqarah.


Lebih kurang macam ni lah suasana di kelas =)
Ketika usia muda kita sangat mudah nak menghafaz. Apa sahaja yang kita belajar, mudah masuk. Kata orang, waktu kecil senang nak ingat. Otak budak-budak macam sponge bob. Mudah menyerap. Serius. Nanti bila dah tua membongkok, liat jadinya. Al maklumlah..dementia!

Banyak perkara yang buat aku terkenang kisah ini. Seingat aku masa darjah satu, kelas tahfiz pada hujung minggu itu diganti oleh seorang ustaz lain. Ustaz Rahim, guru bahasa Arab. Kebetulan kelas pada hari itu tamat awal daripada biasa. Rakan-rakan lain telahpun pulang lebih awal. Mereka tinggal berhampiran sekolah itu. Malangnya,aku keseorangan oleh sebab rumahku agak jauh dari sekolah. Tak tahu macam mana nak balik rumah. Baru darjah satu! Tak tahu mende..

Menunggu ibu datang menjemput ada lagi 1-2 jam. Bila ibu dapat tahu, ayah dan ibu bercadang nak belikan telefon bimbit. Risaukan anaknya in case kejadian berulang lagi. Senang nak berhubung. 

Pehh..baru darjah satu dah ada handset!

Agak-agak telefon bimbit zaman dulu macam mana? Besar kot. Kalau ada spotcheck, memang kantoi lah! 


Rasanya rupa handset tu macam ni. Siap ada aerial!
'Naughty girl'. Aku terlihat tulisan itu pada suatu muka surat al-Quran milikku. Ni tulisan Ustaz Said. Hehe..itulah siapa suruh lambat sangat tasmi'. Kan dah kena!

Pfftt...dalam hati bersyukur tak kena sound. "Yeay! Dah tasmi'. Nanti lepas kelas..nak kena call mak."