26 August 2012

like a ninja..wachaa!

Assalamu'alaikum. 

Lamo den tak menulis nih. Izayyiku? ^_^ 
Kali ni eden nak menulis pasal raya lah. Bukan raya deepavali atau thaipusam. Ni pasai raya puasa.  Disebabkan hari ni dah masuk 7 Syawal..maka, entry ini berkisar tentang raya Aidilfitri :)

Sejak umur dah belasan tahun..dan sekarang ni pun masuk geng 20-an. Nak tak nak, abang adek kakak sume termasuk yang menulis sudah melebihi 15 tahun mengikut pendapat Imam as-Syafie sudah dikira akil baligh! walaupun yang muslimah belum keluar haid, dan yang muslimin belum keluar mani. eh eh betul kan?!

Cepat check kuliah fiqh Ustaz Aqli. kalau salah tolong betulkan :)
"Bila tiba hari raya..semua insan bergembira.."
Sob sob sob..awat ceq menangis nihh? Sob3..sebabnya musim raya ni lah banyak makcik pakcik macam dah tak kenal dosa pahala. Main tibai ja salam dengan sapa pun. Main dedah aurat yang mana tak patut.

Sedih melihat kemungkaran yang berlaku depan mata, tapi aku tak mampu menghalang. Hanya membenci perbuatan itu dengan hati. Dan aku sangat takut kalau kalau aku melihat kemungkaran itu sebagai perkara normal. Perkara biasa.


"Standard la tu"
"Makcik pakcik tu tak p mengaji agama..mana nak tau"
"Memang dah jahil..nak buat camna lagi.."

Seingat-ingat aku sejak sekolah menengah baru aku tahu sepupu dan ipar tu bukan mahram. Dalam erti kata lain, kita tak boleh bersalam dan kita wajib menutup aurat bila berhadapan dengan mereka.
"Eh, sepupu kot. Anak mak menakan aku. Bukan aku nak kawen dengan dia pun"
"Bro, memang la tak mau dan takkan kawen dengan dia. tapi hang kena ingat dia tetap bukan muhrim. melainkan dia pernah menyusu dengan mak hang @ hang yang menyusu dengan mak dia masa kecik kecik dulu"
"Dulu masa kecik kecik..aku main masak masak, main pistol pistol kot dengan dia. Aku dah anggap macam darah daging aku sendiri"

Hewhewhew. Allah dah sebut dalam AQ dalam surah an-nisa' ayat 23 dan 24 mengenai mahram..ada tak sebut sepupu a.k.a anak kepada ibu/bapa saudara sebelah ibu/bapa..?? 
Tak ada kan?? kan? 

Sebab tu setiap kali sepupu sepapat balik kampung beraya..maka, hampir sebulan jugaklah berkelubung. Berlari-lari menyusup masuk ke bilik cari tudung....terusss sarung! Pffttt...

"when people come to house unexpected for raya and you run upstairs to go grab your scarf like a ninja" -adibaah-

Like a ninja, seriously. -____-



Sahabat sahabat yang dikasihi kerana الله

Usah rasa terbeban


Sahabat2, jangan kita rasa terbeban dan terkongkong dengan syari'atullah yang Allah dah tetapkan. Cuba kita fikir, Allah haramkan kita makan daging khinzir,anjing, minum arak...tapi banyakkkkkk lagi jenis makan minum yang Allah halalkan. Ketam,sotong, udang, ayam, ikan...kenapa kita nak persoalkan lagi?

Sedangkan Allah sudah sediakan nikmat yang sangat banyak..masak lah makanan jenis apa pun..nak masak tomyam,masak kicap, masak berlada kurang masin,masak tumis ke ape ke..yang penting jangan dekati yang haram~


Betulkan yang biasa, biasakan yang betul ^^

Kalau kita jenis yang terbiasa atau tak sengaja bersalaman dengan ajnabi..pastikan kita buat yang ini:


1. Kenali siapa orang yg kita nak salam
2. Kalau tak kenal, tanya mak, ayah, tokwan, etc
3. Kalau ragu2, jom check gambar bawah ni. Alang2 ada telefon canggih canggih belaka, simpanlah dalam smartphones korang. Senang nak check =)

*warna kuning tandanya wajib menutup aurat dan haram bersalam*



Fahimtum? :)
"If covering your aurah displeases them but pleases Allah, then being teased 'selekeh' ain't really a bad thing after all, no?" -AisyahShakirah
Nota kaki 

#1 - Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf andai tersalah kata, tersilap bicara, terasa di mana-mana. Maaf zahir batin. Taqabbalallah minna wa minkum.

#2 - Ni link soal jawab permasalahan berkaitan dengan aurat

wassalam (:

No comments:

Post a Comment

Write a comment...